ALYPH Pamerkan Satu Tranformasi Kretiviti Yang Tiada Tandingan Dalam Adakah Kau Mendengar?
Setelah penjenamaan semula kepada nama ALYPH, kini dia muncul dengan single terbarunya Adakah Kau Mendengar? menerusi Def Jam Singapura. Nama ALYPH sinonim dengan lagu-lagu ‘hits’ carta genre pop, R&B dengan gabungan hip-hop yang rancak di Asia Tenggara.
Sejak dari awal penglibatan ke dalam arena muzik, ALYPH telah terpisah dari barisan industri. Diskografi dari ALYPH tiada ciri khas lagu pop popular. Satu perkara jelas tentang "Adakah Kau Mendengar?" adalah muzik ALYPH harus dihayati kerana kekuatan dan pengalaman yang dipancarkan akan meninggalkan kesan dalam kehidupan setiap orang yang mendengar.
Disirami warna gelap R&B kontemporari apabila rentak bertukar dan bass turun dengan pantas, rasa kegelapan menyelimuti trek dengan cara sinematik dan sangat intim. Anda akan merasakan kekuatan dalam bait-bait kata ALYPH, "lebih dekat dengan emosi kita dan bukan sekadar kiasan".
Ketika ditanya tentang apa makna lagu ini pada saat ini kepada kariernya, ALYPH, yang menulis dan menghasilkan lagu ini sepenuhnya, mengungkapkan bagaimana ianya masih berkait walaupun masih menyimpang dari proses kreatifnya: “Saya selalu menulis cerita separa fiksyen dalam muzik saya. Saya memutuskan untuk tidak menjadikannya terlalu peribadi kerana saya merasakan bahawa setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Jadi, apa yang biasanya saya lakukan adalah menggabungkan dan membayangkan bagaimana perasaan beberapa orang dalam keadaan saya dan membuat satu cerita", sambil menambah," Tetapi ini adalah satu perjalanan ".
"Adakah Kau Mendengar?" bukan permulaan baru tetapi pandangan yang lebih mendalam dan terperinci ke dalam minda dan jiwa ALYPH. "Sekiranya saya ingin berterus-terang, ini adalah saya sebenarnya", katanya, "Sekiranya anda ingin mendengar muzik saya, anda juga harus menerima semua ciri dan kolaborasi dan kesesuaian ketika ALYPH menghasilkan ALYPH ”.
Terdapat banyak sisi dan spektrum dalam ALYPH. "Adakah Kau Mendengar?" adalah ALYPH tanpa kompromi, jujur - dan mudah difahami sementaragraviti lagu itu bergema dengan kebenaran. "Saya sangat realistik - saya tahu bahawa setiap pengakhiran yang indah, kadang-kadang terdapat juga pengakhiran buruk. Seperti seni: Tidak ada penjelasan mengapaia begitu, namun itulah hakikatnya. Saya mahukan kesan "Adakah Kau Mendengar?" untuk berpanjangan: Tidak kira bila anda dengar, pada usia berapa pun, lagu ini masih relevan”.
Sesi Sidang Media bersama ALYPH Secara Virtual Di Pejabat Universal Music Malaysia
ALYPH - Adakah Kau Mendengar? (Official Music Video)
“Adakah Kau Mendengar?” boleh didapati di semua platform muzik utama mulai 4 Oktober 2020 sementara Video muzik rasmi boleh ditonton di saluran VEVO ALYPH pada jam 9 malam di hari yang sama.
MENGENAI ALYPH
Dari awal kemunculannya tidak diragukan lagi sebagai salah seorang antara pencipta lagu-lagu hit terkemuka di Asia Tenggara, kisah ALYPH adalah kisah luar biasa. Penyanyi rap, produser dan penulis lagu kelahiran Singapura itu amat dikenali di Asia Tenggara, dan hampir ke puncak kerjayanya di mana setiap lagu sentuhannya berubah menjadi emas.
Lagu terakhir dihasilkannya dan ditulis bersama dengan K-Clique, Mimpi, dengan cepat menjadi salah satu lagu yang menggegarkan dunia hip hop Malaysia, dengan jumlah 45 juta tontonan Video Muzik sehingga kini. Dengan jumlah 218 juta tontonan pada lagu-lagu yang dihasilkan, ditulis dan dinyanyikan, peranan ALYPH dalam mencorakkan hip-hop di Malaysia dan Singapura hari ini tidak dapat dipertikaikan. ALYPH mula muncul sebagai salah satu duo hip hop Singapura yang paling berpengaruh, SleeQ, kemudian bergerak solo dan telah menghasilkan lagu untuk barisan ikon seperti Joe Flizzow, Kaka Azraff, K-Clique, Zizan Razak , De Fam dan Adira.
ALYPH bermula di tempat yang paling penting: Rumah. Dilahirkan dalam keluarga yang menghargai muzik dan seni, cintanya terhadap muzik diperkukuhkan oleh satu pertemuan penting: Bertemu perintis duo hip-hop Malaysia, Too Phat. Melihat sambutan yang diterima ketika TooPhat beraksi di televisyen memberitahu ALYPH bahawa hip-hop dapat membentuk dan mengolah identiti tempatan. Ini boleh datang dari rumah, mengenai rumah dan memberi makna kepada orang-orang di rumah.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik, ALYPH telah menubuhkan syarikat produksi sendiri, Magic Potions, malah dia berjaya mara ke barisan hadapan artis hip-hop dari Singapura menerusi single SleeQ 'Pilihlah Aku', dan mengembangkan sayapnya melintasi sempadan Malaysia dan Singapura.
Dalam single solo pertamanya untuk tahun 2020, artis-produser dari Singapura yang pernah memenangi anugerah ini membawa versatiliti secara jujur dan ikhlas sepanjang kariernya.
Setelah menempuhi dua tahun yang merangkumi banyak sorotan yang bermakna, seperti DETAIL, album kolaborasinya dengan SonaOne, "Rise", yang digarap untuk Star Wars: The Rise of the Skywalker dan diskografi yang berjaya mengumpul lebih dari 45 juta aliran di Spotify dan 218 juta tontonan di YouTube, “Adakah Kau Mendengar?" membawa ALYPH ke tahap tertinggi dalam karier muziknya.
Dia bagaikan seseorang yang berpengalaman melihat situasi di mana seluruh dunia berkurung, langsung menukarkan pengalaman itu kepada muzik yang jujur serta hebat . Tidak seperti karya-karya ALYPH sebelum ini yang rancak, "Adakah Kau Mendengar" memberi kelainan. Namun pada masa yang sama, lagu ini masih berkisar tentang kehidupan.
Sejak dari awal penglibatan ke dalam arena muzik, ALYPH telah terpisah dari barisan industri. Diskografi dari ALYPH tiada ciri khas lagu pop popular. Satu perkara jelas tentang "Adakah Kau Mendengar?" adalah muzik ALYPH harus dihayati kerana kekuatan dan pengalaman yang dipancarkan akan meninggalkan kesan dalam kehidupan setiap orang yang mendengar.
Disirami warna gelap R&B kontemporari apabila rentak bertukar dan bass turun dengan pantas, rasa kegelapan menyelimuti trek dengan cara sinematik dan sangat intim. Anda akan merasakan kekuatan dalam bait-bait kata ALYPH, "lebih dekat dengan emosi kita dan bukan sekadar kiasan".
Meskipun dunia diduga dengan pandemik, "Adakah Kau Mendengar?" tidak terbatas dengan topik tersebut. Sebaliknya lagu ini berkait dengan rasa kebimbangan disebabkan galangan kebebasan dan eskapism dari tekanan yang melanda sambil cuba untuk kekal waras, seperti keadaan yang berlaku sekarang.
Ketika ditanya tentang apa makna lagu ini pada saat ini kepada kariernya, ALYPH, yang menulis dan menghasilkan lagu ini sepenuhnya, mengungkapkan bagaimana ianya masih berkait walaupun masih menyimpang dari proses kreatifnya: “Saya selalu menulis cerita separa fiksyen dalam muzik saya. Saya memutuskan untuk tidak menjadikannya terlalu peribadi kerana saya merasakan bahawa setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Jadi, apa yang biasanya saya lakukan adalah menggabungkan dan membayangkan bagaimana perasaan beberapa orang dalam keadaan saya dan membuat satu cerita", sambil menambah," Tetapi ini adalah satu perjalanan ".
"Adakah Kau Mendengar?" bukan permulaan baru tetapi pandangan yang lebih mendalam dan terperinci ke dalam minda dan jiwa ALYPH. "Sekiranya saya ingin berterus-terang, ini adalah saya sebenarnya", katanya, "Sekiranya anda ingin mendengar muzik saya, anda juga harus menerima semua ciri dan kolaborasi dan kesesuaian ketika ALYPH menghasilkan ALYPH ”.
Terdapat banyak sisi dan spektrum dalam ALYPH. "Adakah Kau Mendengar?" adalah ALYPH tanpa kompromi, jujur - dan mudah difahami sementaragraviti lagu itu bergema dengan kebenaran. "Saya sangat realistik - saya tahu bahawa setiap pengakhiran yang indah, kadang-kadang terdapat juga pengakhiran buruk. Seperti seni: Tidak ada penjelasan mengapaia begitu, namun itulah hakikatnya. Saya mahukan kesan "Adakah Kau Mendengar?" untuk berpanjangan: Tidak kira bila anda dengar, pada usia berapa pun, lagu ini masih relevan”.
Sesi Sidang Media bersama ALYPH Secara Virtual Di Pejabat Universal Music Malaysia
ALYPH - Adakah Kau Mendengar? (Official Music Video)
“Adakah Kau Mendengar?” boleh didapati di semua platform muzik utama mulai 4 Oktober 2020 sementara Video muzik rasmi boleh ditonton di saluran VEVO ALYPH pada jam 9 malam di hari yang sama.
Dari awal kemunculannya tidak diragukan lagi sebagai salah seorang antara pencipta lagu-lagu hit terkemuka di Asia Tenggara, kisah ALYPH adalah kisah luar biasa. Penyanyi rap, produser dan penulis lagu kelahiran Singapura itu amat dikenali di Asia Tenggara, dan hampir ke puncak kerjayanya di mana setiap lagu sentuhannya berubah menjadi emas.
Lagu terakhir dihasilkannya dan ditulis bersama dengan K-Clique, Mimpi, dengan cepat menjadi salah satu lagu yang menggegarkan dunia hip hop Malaysia, dengan jumlah 45 juta tontonan Video Muzik sehingga kini. Dengan jumlah 218 juta tontonan pada lagu-lagu yang dihasilkan, ditulis dan dinyanyikan, peranan ALYPH dalam mencorakkan hip-hop di Malaysia dan Singapura hari ini tidak dapat dipertikaikan. ALYPH mula muncul sebagai salah satu duo hip hop Singapura yang paling berpengaruh, SleeQ, kemudian bergerak solo dan telah menghasilkan lagu untuk barisan ikon seperti Joe Flizzow, Kaka Azraff, K-Clique, Zizan Razak , De Fam dan Adira.
ALYPH bermula di tempat yang paling penting: Rumah. Dilahirkan dalam keluarga yang menghargai muzik dan seni, cintanya terhadap muzik diperkukuhkan oleh satu pertemuan penting: Bertemu perintis duo hip-hop Malaysia, Too Phat. Melihat sambutan yang diterima ketika TooPhat beraksi di televisyen memberitahu ALYPH bahawa hip-hop dapat membentuk dan mengolah identiti tempatan. Ini boleh datang dari rumah, mengenai rumah dan memberi makna kepada orang-orang di rumah.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik, ALYPH telah menubuhkan syarikat produksi sendiri, Magic Potions, malah dia berjaya mara ke barisan hadapan artis hip-hop dari Singapura menerusi single SleeQ 'Pilihlah Aku', dan mengembangkan sayapnya melintasi sempadan Malaysia dan Singapura.
MENGENAI DEF JAM SOUTH EAST ASIA
Ditubuhkan pada tahun 1984, Def Jam Recordings muncul di New York City untuk mendorong budaya hip-hop ke tahap yang baru. Def Jam telah mewakili muzik terbaik selama 35 tahun, dipelopori oleh bintang ikonik seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Selama dua dekad berikutnya, Def Jam didominasi oleh superstar seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan Kanye West.
Kini setelah hampir 4 dekad, muzik dan stail Def Jam telah berkembang menjadi jenama global - sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian - merangkumi pelbagai senarai bintang ternama dan bintang baru seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, dan Jhene Aiko, antara lain.
Dengan pelancaran Def Jam Asia Tenggara, Def Jam membuktikan bahawa semangat dan komitmennya terhadap budaya hip-hop tidak pernah luntur, dan jangkauan jenama globalnya makin meluas ke pasaran baru di Asia Tenggara.