Kempen ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ Untuk Anda
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membuka tawaran istimewa kempen ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ untuk pembelian pas perjalanan tanpa had My30 sebagai sokongan kepada kempen penggalakan pelancongan domestik yang diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya baru-baru ini.
Kempen yang akan berlangsung sehingga 31 Mac tahun depan untuk para pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL, satu baucar pas percuma My30 akan diberikan untuk setiap pembelian di mana Pass percuma My30 ini boleh digunakan sendiri untuk pembaharuan pada bulan berikutnya.
Pas percuma My30 ini adalah terhad kepada 8,333 penebusan sahaja dan berdasarkan siapa dulu dia dapat; terhad kepada 1 seorang pengguna dan sekali penebusan sahaja. Tempoh penebusan untuk pas percuma adalah antara 15 Januari 2021 dan 31 Mac 2021
Kempen ‘My30 Plus30 - Beli 1, Percuma 1’ ini adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Menteri berkenaan, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri pada 23 November lepas sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik yang bakal diterajui oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). Di bawah inisiatif itu, agensi berkenaan akan bekerjasama erat bersama para pemain industri seperti operator pengangkutan awam darat, syarikat penerbangan dan badan-badan bukan kerajaan dalam industri pelancongan di samping penggiat-pengiat industri pelancongan seni.
Pas perjalanan tanpa had My30 membolehkan warga negara Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas Rapid KL berulang kali tanpa had untuk 30 hari di Lembah Klang dengan hanya berbelanja RM30.

Pas-pas ini boleh dibeli di semua kaunter-kaunter khidmat pelanggan di stesen-stesen LRT, MRT, monorel dan BRT di samping lapan hab bas terpilih – Pasar Seni, KLCC, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point dan Puchong Utama.
Urusan penebusan bagi kempen ini, bagaimanapun, hanya boleh dibuat di dua lokasi iaitu di Sayap Timur stesen KL Sentral dan di Has Bas Pasar Seni.
Urusan penebusan bagi kempen ini, bagaimanapun, hanya boleh dibuat di dua lokasi iaitu di Sayap Timur stesen KL Sentral dan di Has Bas Pasar Seni.
Sebagai mempromosi kempen ini, Prasarana akan menggunakan paparan-paparan skrin di dalam tren-tren LRT, MRT, monorel dan juga bas-bas; di samping platform-platform pengiklanan lain di stesen-stesen dan media sosial kendalian Rapid KL.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘My30 Plus30, Beli 1, Percuma 1’ dan info-info lain mengenai My30, anda boleh melayari laman web rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my