Terkini | New

KFC SAMBUT TAHUN BARU CINA YANG BAKAL TIBA DENGAN KFC GOLDEN BUTTER CEREAL

Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini membawa kemakmuran, kekayaan, dan kebahagian yang melimpah ruah buat rakyat Malaysia. Bersempena perayaan ini, KFC memperkenalkan menu emas baharu - KFC Golden Cereal Butter yang amat mewah dengan rasa sedap, bermentega, dan rangup… anda pasti akan menghabiskan serdaknya juga!



Untuk mencipta hidangan mewah ini, ayam Hot & Spicy KFC disalut berganda – pertama dengan pelbagai rempah ratus dan perasa termasuk mentega berkrim, malt bijiran, daun parsley, dan daun kari goreng. Kemudian, diliputi sepenuhnya dengan lambakan bijiran Nestum manis bermentega yang telah digoreng bersama serpihan daun kari dan cili - memberikannya tekstur rangup hebat!

“Seperti kebanyakan keraian yang terjejas pada tahun lalu, rakyat Malaysia bakal menyambut Tahun Baru Cina yang berlainan pada tahun ini. Namun, KFC kekal komited untuk membawakan anda makanan segar, lazat, dan selamat-untuk-dimakan pada kemudahan anda baik melalui khidmat Bawa Pulang Tanpa Sentuh, Self Collect Tanpa Sentuh termasuk Pandu Ambil, atau Penghantaran Tanpa Sentuh.

Menu KFC Golden Butter Cereal baharu ini dihasilkan ekstra istimewa untuk anda nikmati momen-momen emas Tahun Baru Cina bersama yang tersayang,” kata Evelyn Ng, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.



KFC Golden Butter Cereal boleh didapati bermula esok di seluruh restoran KFC di Malaysia, untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Bermula RM15.99, dapatkannya dalam bentuk Kombo 2-ketul atau 3-ketul, atau Box Meal yang turut didatangi bersama Zinger Burger, Crispier Fries, dan coleslaw.

Pada masa yang sama, KFC Celebration Bucket dan Chili Cheese Balls telah kembali atas permintaan popular, bersama-sama KFC Golden Butter Cereal, khas untuk CNY!



Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi mobil KFC Malaysia untuk membuat pesanan.