Transformasi Ruangan Membeli-belah POP The Arcade Oleh Jaya One
Kami akan kongsikan salah satu ruangan membeli-belah Pop The Arcade oleh Jaya one. Pop, platform runcit yang diciptakan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan serta mempamerkan produk mereka dengan konsep membeli-belah baru dan tawaran pelbagai saluran secara rasminya pada 6 Januari 2021.
Sesuai dengan misinya untuk terus membantu pengusaha dari rumah, minda kreatif, dan perniagaan unik yang berasaskan minat, Pop kini telah mempelbagaikan perkhidmatannya untuk membolehkan para peniaga menjual secara digital dan juga fizikal – berbanding dengan tawaran penjualan sebelumnya hanya di ruang fizikal.
Ruangan runcit ini dizahirkan semula berkonsepkan arked membeli-belah, menjadikannya salah satu pembangunan arked pertama dalam pusat membeli-belah di Malaysia dengan pelbagai barangan unik, bermanfaat, dan buatan tangan.
Keseluruhan konsep ini membentuk satu kompleks yang mewakili setiap peniaga dengan laluan pejalan kaki yang saling berhubung, membolehkan pengunjung berjalan dari satu unit ke satu unit.
Sebagai satu kaedah untuk membantu kehidupan lebih selesa bagi masyarakat dunia moden, Pop juga meraikan penambahan penyewa utama baru – iaitu Bear Malaysia, yang mengkhusus dalam jualan peralatan rumah dan dapur kecil seperti periuk rebusan elektrik, periuk kesihatan pelbagai fungsi, pelembap udara, bekas makan tengah hari elektrik, dan sterilisasi botol bayi.
Kecenderungan perkembangan teknologi dan inovasi menjadikan alat dan peralatan rumah yang canggih semakin penting untuk kegunaan kehidupan seharian agar dapat menjimatkan masa dan usaha muntuk menyelesaikan rutin rumah secepat mungkin.
Sebagai tempat membeli-belah sehenti bagi pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, Pop The Arcade adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan apa sahaja yang anda cari dari pelbagai jenama dan sektor.
Pop The Arcade memberi tumpuan kepada segmen konsumer dengan penyusunan zon tertentu dalam arked runcit bagi membolehkan pengunjung mencari jenis barangan yang sesuai dengan mereka – termasuk fesyen, makanan, peralatan rumah tangga, dan barangan gaya hidup.
Melalui dua strategi utama iaitu pengasingan dan pembahagian, arked berkonsep baru ini mewujudkan keseimbangan antara keselesaan dan keselamatan semasa membeli-belah kerana pengunjung dapat mengurangkan kontak secara bersemuka dan mematuhi prinsip penjarakan sosial semasa melawati zon yang luas dan mudah dikunjungi.
Dengan mengambil kira jenis produk yang digemari oleh pengunjung, susun atur ruangan arked diubahsuai dengan efektif untuk menampilkan penawaran istimewa produk Pop bagi menarik pengunjung membeli-belah dan berbelanja.
"Pop dijenamakan semula sebagai konsep arked membeli-belah agar tetap relevan sebagai nadi dan jiwa komuniti usahawan, teras utama ekonomi runcit, dan tempat liburan bagi pengunjung di mana-mana sahaja. Mengambil kira kesan pandemik Covid-19, kami perlu mencari jalan untuk menarik keinginan pengguna dalam membuat keputusan pembelian mereka. Kami sangat berharap arked berkonsep baru ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang baik dan menyenangkan untuk semua pengunjung tidak kira barang apa yang anda cari,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Pop The Arcade.
Untuk meraikan pembukaan Pop, pembeli dapat menikmati potongan RM 5 dengan perbelanjaan minimum RM 30 di www.popshop.my selagi stok masih ada.
Sambil mengalukan transformasi digital pada masa pandemik Covid-19, Pop juga masih meneruskan tawaran fizikalnya – berdasarkan pemahaman bahawa banyak pembeli masih ingin melihat atau merasakan produk secara langsung.
Gabungan pelbagai produk yang menarik akan meningkatkan rasa baru dalam penawaran runcit Pop The Arcade, sekaligus memberi pelanggan rasa yang tidak dijangka dan menarik minatnya untuk mencari apa yang diinginkan.
Bagi jenama tempatan yang ingin mengembangkan perniagaannya, Pop mengalu-alukan perbincangan dan kolaborasi dengan cadangan nilai yang lebih luas untuk penjualan dalam talian dan luar talian.
Usahawan yang berminat boleh menghantar e-mel di popstars@jayaone.com.my untuk memastikan perniagaan anda terus maju. Untuk
maklumat lebih lanjut, lawati laman web dan laman sosial mereka di https://popshop.my/.
POP THE ARCADE
Facebook: PopTheArcade
Instagram: @popthearcade
Web: https://www.popshop.my/
THE SCHOOL
Facebook: theschoolmy
Instagram: @theschoolmy
Web: https://www.jayaone.com.my/the- school-dna
Instagram: @popthearcade
Web: https://www.popshop.my/
THE SCHOOL
Facebook: theschoolmy
Instagram: @theschoolmy
Web: https://www.jayaone.com.my/the- school-dna