Terkini | New

KFC RANGKUL ANUGERAH PUTRA BRAND ENAM TAHUN BERTURUT-TURUT

Jenama ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia, KFC, amat berbesar hati menerima pengiktirafan Anugerah Putra Brand, atau lebih dikenali sebagai People’s Choice Awards, dalam kategori Restoran dan Makanan Segera, merangkul trofi Emas. Kemenangan ini diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Anugerah Putra Brand 2020.



Anugerah Putra Brand berprestij ini menganugerahi jenama berdasarkan Pengetahuan, Tanggapan, Tujuan, dan Sokongan para pengguna; melalui hampir 6,000 undian – menjadikannya pengiktirafan sebenar hasil sokongan dan keyakinan para pengguna, dan terus mengukuhkan posisi KFC Malaysia sebagai salah satu jenama kegemaran rakyat Malaysia.
“Dalam menghadapi cabaran tahun 2020, KFC gembira mesej jenama kami diterima baik oleh para pengguna kami. KFC merupakan sebuah jenama yang diinspirasikan oleh rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia – jadi pengekalan nilai-nilai ini amat penting terutamanya ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan ‘norma baharu’.

Kami kukuhkan mesej mengutamakan kesihatan dan keselamatan para pelanggan dan warga pekerja, dan kami menginovasi cara baharu untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan,” kata Evelyn Ng, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.



“Pada masa yang sama, kempen-kempen pemasaran kami selaras dengan identiti jenama yang meraikan Malaysia, rakyat Malaysia, dan warisan KFC di Malaysia; dan kami bawakan menu-menu lazat inspirasi makanan tempatan seperti Nasi Atuk KFC, Zinger Chop, dan Crunchy Tandoori. Sama penting, kami lanjutkan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membantu komuniti tempatan yang terjejas akibat pandemik ini dengan kempen CSR, Kita Fight COVID-19,” sambung Evelyn Ng.

 



Tahun 2020 menyaksikan KFC menghadapi gangguan yang tidak dapat dielakkan akibat pandemik. Disebabkan ini, KFC melabur dalam e-dagang dan perkhidmatan tanpa sentuh, sementara memperluaskan rangkaian penghantarannya sekaligus mengembangkan titik akses para pelanggan untuk mendapatkan sajian KFC ketika PKP masih beroperasi.





Perkhidmatan KFC juga diperingkatkan dengan lebih kesenangan, ketersediaan, dan keselamatan dengan pengenalan Pandu Ambil – khidmat tambahan kepada KFC Self Collect yang dilaksanakan di lebih 200 restoran, di mana para pelanggan hanya perlu buat pesanan atas talian dan bawa pulang hidangan KFC tanpa keluar kereta.

Terutamanya pada tahun tanpa diduga ini, KFC memperkuatkan ideniti jenamanya melalui kempen-kempen seperti Cheezy Cheezy Malaysia yang meraikan keajaiban Malaysia, KFC Cara Kita – mural yang mempamerkan cinta KFC kepada Malaysia, dan #KepciKitchen yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan jadi kreatif dengan juadah KFC.

Memahami kehendak, gaya hidup, dan aspirasi para pelanggan adalah penting dan KFC komited untuk terus menguatkan hubungannya dengan para pelanggan dan selanjutnya melabur lebih dalam membina kecintaan jenama. KFC mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas pengiktirafan berprestij ini!

Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi mobil KFC Malaysia.