Terkini | New

Promosi ‘SUPER DEAL’ Menara Kuala Lumpur Dan Menara Alor Setar

Kali ini kami kongsikan promosi terbaru dari Menara Kuala Lumpur. Setelah dibenarkan beroperasi selepas ditutup selama 2 bulan sempena Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang lalu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kembali lagi dengan promosi istimewa khas buat warganegara Malaysia, iaitu PROMOSI ‘SUPER DEAL’ yang akan bermula pada 17hb Mac sehingga 16 April 2021.



Objektif utama promosi ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk datang ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar dengan harga yang amat berpatutan. 

Selain itu, inisiatif untuk mengadakan promosi ini juga sedikit sebanyak dapat membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan mengalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara.

Promosi ini menawarkan tiket PERCUMA kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur. Manakala tiket PERCUMA kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan di Menara Alor Setar.

Bagi pengunjung ke-101 dan seterusnya ke Pelantar Pemandangan, Menara Kuala Lumpur menawarkan harga promosi iaitu RM15.00 dewasa (harga biasa RM30.00) dan RM10.00 kanak-kanak (harga biasa 20.00). 

Manakala bagi lawatan ke Pelantar Pemandangan Menara Alor Setar harga promosi ialah RM6.00 dewasa (harga biasa RM12.00) dan RM4.00 kanak-kanak (harga biasa RM8.00).



Bukan itu sahaja, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar juga turut memberikan harga promosi untuk lawatan ke Sky Deck dengan hanya RM24.00 dewasa (harga biasa RM71.00) dan RM12.00 kanak-kanak (harga biasa RM37.00), manakala harga promosi RM20.00 dewasa (harga biasa RM48.00) dan RM10.00 kanak-kanak (RM28.00) ditawarkan bagi lawatan ke Star View, Menara Alor Setar.


Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar bersama-sama keluarga tercinta serta rakan-rakan dan para pengunjung tidak perlu risau kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.

Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, Sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / Layari laman web dan laman sosial mereka di :

Laman Web : www.menarakl.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/officialmenarakl/
Instagram @menarakl 


Menara Kuala Lumpur telah beroperasi dengan waktu baharu seperti berikut:-
Isnin - Jumaat: 11.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu & Ahad: 10.00 pagi - 10.00 malam
Cuti Umum: 10.00 pagi - 10.00 malam
Dibuka setiap hari (Termasuk Cuti Umum)
*sebarang perubahan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.