Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) Bantu Usahawan Wanita Tingkatkan Kesedaran Ekonomi Digital
Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) telah mengadakan Majlis Memeterai Perjanjian Persefahaman dan Program Pendaftaran ahli Dewan di pejabat DEWI di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Melalui biro ini para remaja berpeluang mendapat pendedahan awal berkenaan perniagaan melalui DEWI.
Tahniah, melalui kerjasama ini akan memberi kesedaran terhadap potensi ekonomi Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa khususnya dalam bidang teknologi digital.
”Di dalam era pasca Covid dan juga masa akan datang ilmu teknologi maklumat adalah sangat relevan dan setiap wanita wajib menimba ilmu IT seperti media sosial,pemasaran atas talian(online Marketing),blog gong,influencing ,YouTube dan teknologi blockchain dan aset digital.” Menurut Datin Ras Ali selaku Pengerusi Kehormat DEWI
DEWI juga dalam fasa akhir menyiapkan “Mobile App” khas untuk wanita.Disamping itu juga DEWI akan menceburi industri emas dengan melalui IGOLDAX Jewellers Hub yang akan memberi peluang kepada ahli DEWI untuk mempromosi barangan kemas dan “gold bar” dalam satu gedung secara percuma.
Antara jenama yang berada di gedung tersebut ialah Suhara Jewel Art dan K n EO Jewellery.