PELANCARAN RASMI XS PREMIUM SERIES BERPERISA CARAMEL CAPPUCINO, HAZELNUT LATTE DAN COKLAT DARI HARQIS EMPIRE
Tahniah di atas kejayaan penjualan sebanyak 1,276,300 unit XS Perfect Drinks terjual sepanjang 2020 dengan total jualan RM20 juta.
Pengasas, Nur Saidatul Akma Jamaruddin dan Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire Sdn Bhd, Muhammad Aswadi Abdul Wahap telah melancarkan tiga perisa baharu di bawah rangkaian produk jenama Harqis iaitu XS Perfect Caramel Cappucino, XS Perfect Hazelnut Latte dan juga XS Perfect Chocolate.
Menurut beliau, ketiga-tiga produk terbaharu ini dihasilkan atas permintaan tinggi pengguna setia XS Perfect Drink selain membantu lebih ramai pengguna memiliki minuman kesihatan yang membantu mengawal selera makan sekaligus memiliki bentuk badan yang lebih menarik.
“Harqis empire Sdn Bhd ditubuhkan pada 25 Jun 2019 dan mengeluarkan produk jenama sendiri pertama, XS Perfect Lotion pada Ogos 2020. Kemudian XS Perfect Drinks Mocha Dan Latte dikeluarkan bagi memudahkan pengguna turun berat badan secara cepat dan berkesan,” Jelas Nur Saidatul Akma.
Sebanyak 1,276,300 unit XS Perfect Drinks Mocha Dan Latte terjual dengan jumlah jualan RM20 juta sepanjang 2020. Kami menjangkakan fenomena luar biasa XS Perfect Drink dengan pengeluaran tiga lagi perisa baharu ini kerana kelainannya tidak terletak pada perisa semata-mata tetapi lebih kepada formulasi baharu.
Selain itu, majlis bertemakan ‘Selamat Pengantin Baharu’ ini juga dilaksanakan bertujuan menghargai sokongan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh semua tim Harqis.
Bagi menghargai usaha keras leader dan juga stokis Harqis, beliau turut menyampaikan beberapa hadiah yang terdiri daripada wang tunai bernilai RM30 ribu ringgit, I phone 12, pakej percutian, barang kemas, trofi, cabutan bertuah dengan hadiah seperti Ipad, televisyen, jam berjenama dan pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, pihaknya masih mengalu-alukan sesiapa sahaja, wanita mahupun lelaki yang ingin sama-sama menjana pendapatan dan berkongsi rezeki untuk turut serta menyertai ‘keluarga’ Harqis.
“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan Harqis bermula sebagai dropship tanpa modal dan akan dibimbing oleh leader masing-masing. HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material pemasaran seperti gambar, video, pelan pemasaran online, termasuk offline dan terbaharu program TV dan banyak lagi.
“Kenangan paling mengembirakan dan membanggakan kami adalah apabila kami dapat melahirkan tujuh orang leader yang berjaya membuat jualan tahunan lebih dari RM 1 Juta pada tahun 2020. Top leader Berjaya membuat jualan RM10 juta pada tahun 2020.
Harqis Empire telah melahirkan ramai usahawan Berjaya yang terdiri daripada suri rumah terutamanya, pelajar, pekerja kerajaan dan juga swasta melalui platform bisnes online.
“Misi Harqis Empire Sdn Bhd pada tahun 2021 sangat besar dan kami akan lebih fokus dan serius dalam menjayakannya,” jelas beliau Ketika di temui dalam majlis yang dihadiri seramai 200 orang leader dan juga stokis Harqis.
Majlis ini juga menampilkan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Ezad Lazim, Siti Nordiana, dan Penyampai radio Muna Bella dan Mc Nazs sebagai pengacara majlis. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial mereka.
Facebook : https://www.facebook.com/aswadanarakimiri