Preview Ramadan Berbuka Puasa di Me’nate Steak Hub Shah Alam.[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.
Me’nate Steak Hub satu jenama restoran yang tidak asing lagi dan antara steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa ini. Oleh itu sempena Ramadan kali ini, Masih mengekalkan konsep tradisi Me’nate dengan menu steak, makanan barat dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian. Istimewanya Kambing Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi yang lazat.
Kali ini Me'nate masih mengekalkan buffet ramadan @ berbuka puasa dengan mematuhi SOP yang di tetapkan oleh KKM. Kempen Ramadan kali ini juga menyajikan lebih daripada 70 hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan.
Selain menu masakan barat, bagi memenuhi citarasa Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow yang di goreng panas dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.
Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE) dan SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE) dimana satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.
Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan hidangan pemanis mulut@dessert diberikan secara PERCUMA dari kaunter buffet. Yang pastinya hidangan dalam FAMILY PLATTER ini masih mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada kali ini.
Kepada yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan enak yang disediakan untuk keluarga anda.
Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate akan memperkenalkan produk sejuk beku terbaru kami iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan hidangan berbuka bila di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu BBQ Beef Ribs, Lamb Shank, Marinated Lamb, Lamb Shabu dan Peri-Peri Chicken. Selain itu MeatLab juga akan memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena Ramadan dan Aidilfitri ini.
Harga Buffet Ramadan 2021Dewasa - RM89.90
Kanak-kanak - RM49.00 nett
(Umur 5 tahun ke bawah percuma).
Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.
Restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru dan hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkanya Buffet Ramadan kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga ke lima orang.
Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa Iftar untuk 2 orang.
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang di sediakan.
Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947
Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan menunaikan ibadah solat. Setiap menu Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media mereka.