Terkini | New

PERASMIAN KEMPEN ‘MASK ON, SPREAD HOPE’ BERSAMA IZZUE ISLAM & AZIRA SYAFINAZ OLEH YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Neutrovis mendermakan 100,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada 7 buah pusat kebajikan & rumah anak yatim. Neutrovis mendermakan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada petugas media barisan hadapan.

Bersempena dengan majlis pelancaran pelitup separuh muka Edisi Hari Raya, jenama tempatan – Neutrovis melancarkan kempen ”Mask On, Spread Hope” bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa memakai pelitup separuh muka demi menjaga diri mereka dan orang tersayang semasa menyambut bulan Ramadhan dan persiapan untuk Hari Raya Aidifitri.



Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, diiringi oleh Ketua Setiausaha, Ybhg Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Hj Ahmad.



Neutrovis juga dengan rasminya memperkenalkan Izzue Islam (Pelakon/Penyanyi/Hos) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue) manakala Azira Shafinaz (Pelakon/Penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series (Dessert Storm & Sahara). Pemilihan ini bersesuaian dengan penjenamaan Neutrovis yang dinamik, bergaya dan innovatif.


Neutrovis juga dengan rasminya memperkenalkan Izzue Islam (Pelakon/Penyanyi/Hos) sebagai duta produk untuk Neutrovis Barrack Series (Rogue Green & Tartan Blue) manakala Azira Shafinaz (Pelakon/Penyanyi) sebagai duta produk untuk Neutrovis Earthly Brown Series (Dessert Storm & Sahara). Pemilihan ini bersesuaian dengan penjenamaan Neutrovis yang dinamik, bergaya dan innovatif.




Ramai orang tidak mengetahui bahawa pelitup separuh muka pakai buang hanya sesuai untuk kegunaan industri, yang mana ianya hanya bertindak sebagai penapis habuk, dan tidak mampu untuk menyekat penularan sebarang virus. Pelitup separuh muka perubatan pula mempunyi kadar ’Bacteria Filteration Efficiancy’ (BFE) dan ’Particle Filteration Efficiancy’ (PFE) yang tinggi, mampu menyekat penularan virus dengan kemampuannya untuk menyekat bakteria bersaiz 1-5 micron dan menapis zarah bersaiz 0.1 – 1 micron.


Pelitup Separuh Muka Premium jenama Neutrovis mengungguli kadar tersebut, dengan bacaan melebihi 98% BFE dan 96% PFE. Ianya juga lulus pensijilan CE dan memenuhi standard-standard EN14683. 


Neutrovis juga memberi perhatian khusus tentang kebolehgunaan pelitup separuh muka mereka dengan getah telinga yang ultra lembut, disamping penggunaan fabrik ’non-woven’ premium ekstra lembut untuk mengurangkan iritasi kepada kulit, menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang. 



Neutrovis merupakan jenama anti-kuman khusus berstandard tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai kulit sensitif dan mementingkan imej. Neutrovis berjanji untuk menawarkan produk yang efektif dan premium pada harga mampu milik. 

Disebabkan ini, Neutrovis dianugerahkan gelaran “Pelitup separuh muka paling banyak terjual dalam masa setahun” (Jumlah: 195,131,200 keping) oleh Malaysia Book of Records.





Dengan semangat Hari Raya, Neutrovis menjalankan aktiviti kemasyarakatan mereka dan menyebarkan harapan dengan menyumbangkan sebanyak 100,000 unit Pelitup Muka Perubatan Premium kepada 7 buah rumah anak yatim dan pusat kebajikan di seluruh Malaysia. 



Di samping itu, Neutrovis juga turut menyumbangkan 50,000 unit Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium kepada lebih 20 buah syarikat media di Lembah Klang. 

Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bekerja keras dan menghadapi risiko demi menyampaikan maklumat kepada orang awam. Berikut merupakan pusat kebajikan yang menerima sumbangan menerusi kempen ”Mask On, Spread Hope” :

1. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti)
2. Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur
3. Ibu Maryam Rumah Anak Yatim
4. Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras
5. Autism Cafe Project
6. Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong
7. Pusat Jagaan Al Ghazaly Puchong




Dengan harga RM34.90 sekotak yang mengandungi 50 unit pelitup separuh muka (RM0.70/unit), pelitup separuh muka Edisi Hari Raya Neutrovis datang dengan Gaya Raya Series (Lilac Dream & Royal Green) dan Jom Raya Series (Blue Moon & Festive Green). 

Pelitup separuh muka edisi terhad ini terdapat di pelbagai kedai dan farmasi di seluruh negara, termasuk peruncit yang terlibat seperti Caring Pharmacy, Guardian, Watsons, Health Lane Family Pharmacy, AA Pharmacy, HTM Pharmacy, Sasa, Aeon, All Day Pharmacy, Sunway Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Alpro Pharmacy dan Straits Pharmacy di sepanjang tempoh perayaan ini, sementara stok masih ada. 

Untuk Maklumat lanjut, sila layari https://www.neutrovis.com/ atau @NeutrovisMalaysia di Facebook.