Penginapan Villa Rouhi Retreats Berkonsepkan Modern Dan Hijau Di Langkawi
Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.
Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. Jom lihat pengalaman kami di Langkawi dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Langkawi. Moh kite!
Selama kami di Langkawi, kami menginap di Rouhi Retreats , Ayer Hangat Pulau Langkawi. Salah satu villa yang sangat besar, luas dan dekat dengan kawasan hijau. Ruang rehat dan dapur yang besar luas untuk keluarga besar. Villa ini boleh menempatkan 8 orang dalam satu villa, 1 bilik besar dan 2 bilik air. Ruang tamu dan dapur cukup luas.
Villa ini juga menempatkan dewan untuk melakukan aktiviti riadah dan kawasan untuk seminar yang luas. Sesuai juga untuk majlis-majlis keraian seperti tunang dan perkahwinan.
Kawasan luar juga boleh menempatkan tempat makan yang romantis dengan lampu-lampu neon.
Ketika kami menginap di sini kami bersama menyertai perasmian dan pembukaan Rouhi Retreats yang telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Langkawi, Yang Berusaha Tuan Haji Saiful Anwar Bin Azmi.
Antara yang turut hadir adalah Ketua Balai polis Ayer Hangat, Kapten Shah Fitri, Jabatan Pertahanan Malaysia, Tuan Haji Mushir, Pengerusi QTT Group, Puan Akmar Samudin CEO Intermedia Production, Encik Azry Executive Producer IM, Puan Linda Salleh LVTS Golden Travel & Tour, YM Ku Aliff Wakil Kota Mahsuri, Encik Sabri wakil Koperasi Nelayan Kubang Badak dan PakSu Khairin daripada Langkraf.
Turut hadir adalah pengasas Rouhi Retreats ini sendiri iaitu Puan AR Syarifah Alawiyah Alhabshi.
Villa ini mempunyai pool untuk bermandi-manda dan tempat beriadah di sekitarnya.
Jika anda melancong ke Langkawi jangan lupa singgah ke Villa Rouhi Retreats.
Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60134323268/NakpakejtourLangkawi (Puteri Kassandra)
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi (Adam Daniel)