Terkini | New

Siti Khadijah Lancar Butik Ke 38 Di Pusat Membeli Belah Terbesar Di Malaysia.

Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd (SK) peneraju rekaan telekung berinovasi paling berpengaruh di Malaysia, kini melebarkan sayap lebih berani dengan pembukaan butik ke-38 di pusat membeli belah terbesar di Malaysia, 1Utama Shopping Centre.


Perasmian butik SK ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri (Tugas-tugas Khas), YB Datuk Mastura Binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid. Umumnya, 1 Utama merupakan pusat membeli-belah ke-8 paling terbesar di dunia dimana ia menjadi tarikan utama SK untuk mengembangkan empayar perniagaannya di sini.



 
Lebih menarik, ini menjadi satu kebanggaan buat SK sebagai syarikat Bumiputera dan setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang berada di pusat membeli-belah ini.



Bulan November telah di isytihar oleh kerajaan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan. SK membawakan tema Keluarga Malaysia bagi menyambut baik saranan kerajaan untuk turut memeriahkan lagi sambutan ini. Hubungan antara Tim SK dan Famili SK (pelanggan) sebagai sebuah keluarga besar yang harmoni amat bersesuaian dengan tema tersebut.

Tambahan pula, SK merupakan sebuah jenama yang mengeluarkan produk-produk berkonsepkan kekeluargaan. Telekung Siti Khadijah dan rangkaian produknya telah mula diterima baik oleh pelanggan-pelanggan bukan Muslim dimana ianya dijadikan sebagai hadiah kepada rakan taulan, pekerja-pekerja, sebagai saguhati korporat.

Bagi menghargai Famili SK, pembukaan butik hari ini menawarkan pelbagai tawaran promosi yang menarik dan berlangsung selama dua hari bermula pada 13 November 2021 sehingga 14 November 2021 selagi stok masih ada.

Antara promosi yang ditawarkan ialah;

1. Potongan harga sebanyak 40% bagi item terpilih.

2. Baucar RM20 untuk pelanggan terawal dengan setiap pembelian RM250 ke atas.

3. Setiap pembelian telekung Maroon Label akan mendapat 1 unit SK Mesh Bag.

4. Peluang memenangi cabutan bertuah produk SK bernilai RM500 dengan setiap pembelian RM250

5. Pouch Bag Monogram PERCUMA untuk 100 pelanggan terawal.

6. Berpeluang membeli produk edisi terhad SK yang hanya terdapat pada hari perasmian butik SK di 1 Utama sahaja.

Perniagaan secara atas talian yang berkembang pesat melalui platform e dagang telah memberikan impak yang sangat memberangsangkan kepada industri fesyen di negara ini. 



SK memandang ini sebagai peluang pemasaran yang terbaik pada masa kini dan berharap agar pelanggan lebih berhati-hati jika berurusan denganpembelian atas talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Siti Khadijah, Encik Aminuddin Mohd Nasir menyarankan pelanggan untuk melakukan pembelian melalui saluran rasmi sahaja. 

Tidak dinafikan dengan lambakan barangan tiruan yang semakin membimbangkan, SK turut terpalit dengan masalah ini. Ianya amat mengecewakan dan seolah-olah menidakkan hasil usaha anak tempatan.

Terkini, pelanggan setia SK boleh mendapatkan produk-produk secara terus melalui program “Same Day Boutique Delivery” yang menawarkan penghantaran pada hari yang sama ketika pembeliaan dilakukan. 

Ini selaras dengan norma baharu berhadapan pandemik covid 19 sekaligus melindungi Famili SK berbelanja dalam keadaan yang lebih efisien dan selamat.