Terkini | New

Perasmian 'TOWER WALK 100' dan Sambutan Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur KE-25


Menara ikonik yang telah berada di tengah ibu kota Malaysia selama 25 tahun. Tujuan dan matlamat pembinaan Menara Kuala Lumpur sebagai salah sebuah mercu tanda yang penting dan simbol yang memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.



Menyedari keistimewaan tersebut, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah memperkenalkan tarikan terbaru yang dikenali sebagai 'TOWER WALK 100' yang telah dibuka kepada para pengunjung pada 27 November 2021 yang lalu.

Melihat daripada kejayaan tarikan kami sebelum ini iaitu Sky Box yang telah dibina pada 2016, ianya telah berjaya menarik ramai pengunjung tempatan dan luar negara ke Menara Kuala Lumpur.



“Tarikan terbaru ini terletak di tingkat T02 tiang menara, di mana para pengunjung dapat berjalan 360 darjah mengelilingi pelantar sambil menikmati panorama menarik bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian 100 kaki. Para pengunjung akan dilengkapi dengan 'Harness Safety System' untuk tujuan keselamatan ketika berjalan di pelantar tersebut. lanya juga merupakan satu tarikan yang baru dan pertama di Kuala Lumpur”, kata Puan Ainol Shaharina Binti Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.


“Kami menawarkan harga istimewa kepada warganegara Malaysia yang ingin merasai pengalaman berada di TOWER WALK 100 ini dengan harga RM35.00 untuk MyKad dan RM25.00 untuk MyKid”, tambah beliau lagi.


Selain itu, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Menara Kuala Lumpur Ke-25, kami bersama dengan Todak Culture Sdn Bhd menghasilkan 250 Topi Snapback Edisi Terhad yang dijual dengan harga RM190.00 serta Setem Edisi Khas berharga RM35.00 dengan kerjasama POS Malaysia Berhad.



Menara Kuala Lumpur juga sedang mengadakan Promosi “Year End Sale' dimana setiap pembelian 1 tiket dewasa akan mendapat 2 tiket percuma bagi kanak-kanak pada hari biasa. Promosi ini telah berlangsung sehingga 31 Disember 2021.


Kami sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. 

Kami juga telah melakukan sanitasi penuh bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis-premis kami, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap setiap hari. Jadi, para pengunjung tidak perlu risau untuk datang jalan-jalan ke Menara Kuala Lumpur.
 

Cabar keberanian untuk berjalan di tebing yang bertinggian 100 kaki sambil menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur.
 
JOM datang ke Menara KL untuk rasai pengalaman baru ini okay!



Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Menara Kuala Lumpur di Facebook @officialmenarakl atau Instagram @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur.

#kementerianpelancongan #motac #kltower #towerwalk100 #cuticutimalaysia #kualalumpur #perasmian #100feet #tourismmalaysia #posmalaysia #todakofficial