Terkini | New

FOLLOW ME MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH SELAMAT UNTUK PELAJAR DENGAN MENDERMA PENSANITASI TANGAN KEPADA SEKOLAH

FOLLOW ME MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH SELAMAT UNTUK PELAJAR DENGAN MENDERMA PENSANITASI TANGAN KEPADA SEKOLAH.

FOLLOW ME menjemput semua sekolah untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini untuk menerima botol pensanitasi tangan secara percuma

Dengan ketibaan tahun baharu 2022, seluruh rakyat Malaysia teruja untuk menyambut tahun baharu ini dengan harapan baharu. Sama ada untuk perniagaan atau untuk beriadah, semua sibuk membuat perancangan untuk tahun ini sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu. 



Sekolah juga sedang bersiap sedia untuk pembukaan tahun persekolahan baharu dengan kelas secara bersemuka. Menyedari keperluan untuk menjaga kebersihan tangan yang lebih baik di sekolah, FOLLOW ME mengambil inisiatif untuk membekalkan pensanitasi tangan (hand sanitizer) Anti-Bakteria ke sekolah rendah dan menengah untuk memastikan pelajar, guru dan kakitangan selamat.

 Melalui usaha ini, FOLLOW ME menyasarkan untuk menderma lebih daripada 120 botol pensanitasi tangan Anti-Bakteria 150ml kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian dengan objektif untuk menonjolkan kepentingan menjaga kebersihan diri sambil membantu pelajar, guru dan ibu bapa mengekang penularan wabak COVID-19. Pensanitasi tangan ini akan diedarkan kepada semua sekolah rendah dan menengah yang mendaftar melalui Borang Google: https://forms.gle/NxnLDaXWR3kVCsnD9.

Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) terkini kerajaan, sekolah perlu memasang pengimbas suhu dan menyusun semula kedudukan bilik darjah untuk mematuhi langkah penjarakan sosial. Garis panduan itu juga menekankan keperluan penyediaan pensanitasi tangan yang mencukupi di setiap bilik darjah, kerana tangan sering dianggap sebagai “titik panas kuman” di mana bakteria atau virus boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan.

 Justeru, FOLLOW ME menyertai usaha memastikan setiap sekolah berada dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa dengan menyumbangkan pensanitasi tangan pada awal tahun persekolahan baharu.

“FOLLOW ME sentiasa komited untuk menyediakan produk kebersihan diri yang selamat dan boleh dipercayai kepada rakyat Malaysia. Memandangkan COVID-19 terus memberi kesan yang semakin meningkat kepada kehidupan rakyat Malaysia setiap hari, kami berharap untuk main peranan dalam membantu semua orang kekal selamat,” kata Patrick Ee, Pengurus Besar Tohtonku Malaysia & Singapura. 

“Kami berharap dapat menggalakkan dan menyokong institusi pendidikan untuk membuka pintu mereka kepada pelajar dan menerima pelajar kembali ke sekolah dengan mudah melalui sumbangan pensanitasi tangan ini.”


Sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, setiap sekolah perlu memberikan butiran maklumat dan wakil sekolah melalui Borang Google kepada FOLLOW ME. Selepas pengesahan butiran sekolah dan wakil, pasukan FOLLOW ME akan mengatur supaya pensanitasi tangan dihantar secepat mungkin ke sekolah tersebut. 

Di samping itu, FOLLOW ME menjemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk memaklumkan pentadbiran sekolah supaya dapat mengambil bahagian dalam inisiatif ini dan menerima pensanitasi tangan secara percuma. Terdapat lebih daripada 9,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia, dan FOLLOW ME menyasar untuk membekalkan pensanitasi tangan kepada sebanyak mungkin sekolah yang terlibat. 

Oleh itu, FOLLOW ME menggesa semua sekolah yang berminat untuk mendaftar sebelum tarikh akhir 13 Februari 2022. 

Ketahui dan terokai lebih lanjut mengenai produk dan rangkaian FOLLOW ME dengan melayari www.followme.com.my. Untuk kemas kini dan promosi terkini, sila layari halaman Facebook FOLLOW ME www.facebook.com/followmemalaysia.