Terkini | New

HUAWEI Lancarkan HUAWEI P50 Pro Dan P50 Pocket: Era Baharu Fotografi Yang Melangkaui Batasan Dan Memaparkan Gabungan Teknologi Mengagumkan

HUAWEI hari ini umumkan pelancaran telefon pintar baharu, HUAWEI P50 Pro dan telefon pintar boleh-lipat, P50 Pocket. 

HUAWEI P50 Pro adalah sebuah peranti lagenda yang dikembalikan semula ke pasaran, hadir dengan fotografi mudah alih era baharu, reka bentuk yang estetik dan pengalaman All-Scenario, manakala HUAWEI P50 Pocket adalah satu langkah ke hadapan oleh HUAWEI yang menggabungkan teknologi estetik dan fotografi pintar dengan sempurna.


Telefon pintar HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket hadir dengan Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej XD Fusion Pro yang canggih, memberikan pengguna pengalaman fotografi yang menakjubkan dengan imej yang jelas, kadar dinamik tinggi dan tangkapan pintar yang dipertingkatkan melalui Rakaman Kroma Sebenar.



HUAWEI P50 Pro – The Legend Reborn

Reka Bentuk Menawan Dan Anggun

HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Ia boleh didapati dalam dua kemasan premium yang cantik – Cocoa Gold dan Golden Black.



HUAWEI P50 Pro hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat. Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif.

Fotografi HUAWEI P50 Pro Memberi Pengguna Pengalaman Fotografi Tulen

Sistem Kamera Dwi-Matrik pada HUAWEI P50 Pro memberikan imej True to Life dengan kejelasan dan kadar dinamik yang tinggi dengan mengimbangi keupaayan pelbagai lensa pada peranti seperti Optik XD HUAWEI, Enjin Imej XD Fusion Pro dan inovasi lain.

Optik XD HUAWEI serba baharu menggunakan sistem pengiraan untuk membetulkan kecacatan optic dan menghasilkan setiap butiran secara terperinci. XD Fusion Pro meningkatkan perincian, warna dan kadar dinamik manakala Enjin Imej Kroma Sebenar akan menyampaikan ketepatan warna berprestasi tinggi, menghasilkan imej yang merupakan refleksi imej sebenar.

HUAWEI P50 Pro menyokong kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.

Pengalaman Peranti Super

Dengan HUAWEI P50 Pro dan EMUI 12, pengguna dapat mengakses Device+ untuk menyediakan fungsi kolaborasi antara peranti seperti HUAWEI Vision, FreeBuds, Matebook dan lain-lain. 





Peranti HUAWEI mempunyai ciri-ciri pintar berdasarkan teknologi agihan unik HUAWEI dimana pengguna dapat menggunakan telefon pintar sebagai pemacu untuk PC, memindahkan panggilan MeeTime mereka ke TV pintar dan juga menyokong panggilan suara dan video berdefinisi tinggi sehingga 12 orang pada satu masa.




HUAWEI P50 Pocket – Gabungan Teknologi Estetik dan Fotografi Pintar yang Sempurna.

Seni Cahaya dan Bayangan, Menginspirasikan Telefon Pintar Boleh-Lipat

HUAWEI P50 Pocket juga menggunakan reka bentuk dwi-bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50, menampilkan satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna ekslusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen, yang diinspirasi oleh prinsip “simbiosis”.


HUAWEI P50 Pocket mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti tersebut ultra nipis dan ringan dengan paparan 6.9-inci dan nisbah paparan 21:9. Dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz, kadar pensampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz, paparan pada HUAWEI P50 Pocket dapat melindungi mata pengguna.

HUAWEI P50 Pocket Kamera Matrik Ultra Spektrum: Kejayaan Bagi HUAWEI Image™

Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan 40MP Kamera Kroma Sebenar, 13MP Ultra Sudut Lebar, 32MP Kamera Ultra Spektrum dan lain-lain. HUAWEI P50 Pocket mampu menangkap butiran dengan lebih perinci dan menghasilkan imej yang jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej Kroma Sebenar.

 Selain itu, dengan menggunakan ciri Ultra Spectrum Fluorescence Photograpgy, HUAWEI P50 Pocket juga boleh menangkap imej dan butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata pengguna, memberikan pengguna peluang untuk menangkap corak yang tersembunyi.

Interaksi Inovatif Pada Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket

Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca, dan kawalan pelbagai ciri. Dengan pelbagai tema yang menarik tersedia, pengguna dapat mengubahsuai pengalaman Skrin Luaran mereka.

Terokai Aplikasi Kegemaran Anda dari AppGallery

Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka dari AppGallery, pasaran aplikasi rasmi yang tersedia di dalam telefon pintar HUAWEI. Pengguna boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih dan nikmati pelbagai hadiah ekslusif, rebat, kupon dan faedah VIP yang terdapat di dalam AppGallery termasuk kategori aplikasi permainan, sosial, membeli-belah, pendidikan, gaya hidup, dan fesyen.

 Kini, lebih 90% aplikasi popular Malaysia tersedia di AppGallery, memberikan akses mudah kepada pengguna Malaysia kepada aplikasi popular seperti AirAsia, Boost, Grab, Shopee, Syok, TGV, Zus Coffee dan banyak lagi.



Harga dan Ketersediaan

Dengan tanda harga RM4,199, HUAWEI P50 Pro boleh didapati secara pra-tempahan bermula 12 Januari 2022 dan boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Januari 2022.



Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.



HUAWEI P50 Pocket dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati di HUAWEI Official Website, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Februari 2022.



Tukar Beli
Bagi sesiapa yang inginkan pilihan lain daripada membelinya secara langsung, HUAWEI juga menawarkan sistem Trade-Up, dimana pengguna boleh:

✓ Tukar beli mana-mana telefon pintar yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM300 untuk pembelian HUAWEI P50 Pro; atau
✓ Tukar beli mana-mana telefon pintar yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM500 untuk pembelian HUAWEI P50 Pocket; atau
✓ Tukar beli telefon bimbit yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segera sebanyak RM80 untuk pembelian HUAWEI WATCH GT 4 atau HUAWEI WATCH GT Runner.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Aktiviti Trade-Up, pengguna boleh melawati HUAWEI Experience Store terdekat untuk mengetahui lebih lanjut.