Terkini | New

INISIATIF SEGERA MELANCARKAN PROSES KEMASUKAN PELANCONG DI PINTU SEMPADAN NEGARA BAGI MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19

Bagi memastikan kelancaran pengurusan kemasukan pelancong pintu sempadan negara untuk membendung pandemik Covid 19 khususnya di KLIA, MITDA, Asia Coding Centre & Dataprep Asia menjalinkan kerjasama bagi memberikan 30,000 ujian RT-PCR secara PERCUMA. 


Menurut Kapten Mahadzir Bin Mansor , Ketua Pegawai Eksekutif MiTDA (Malaysia International Tourism Development Association) menyatakan jalinan kerjasama ini amat tepat pada masanya bagi memastikan proses kemasukan pelancong luar negara dan pelancong tempatan yang ingin pulang ke dalam negara berjalan lancar dan sempurna.

“Pemberian 30 ribu ujian RT-PCR secara percuma ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan daripada kos untuk menjalani ujian saringan ketika pulang dari luar negara. Terima kasih kepada Asian Coding Centre & Dataprep Asia diatas inisiatif ini yang melibatkan peruntukan lebih RM7.5juta. 

Dalam konteks pelancongan kita mahu memberikan gambaran imej yang positif dalam kalangan pelancong yang baru tiba di negara ini. Dengan pengunaan teknologi Mico Bio Med dari Asia Coding ini yang bukan sahaja dapat membuat ujian bagi pengesahan 100% varian Covid-19 akan tetapi teknologi ini juga dapat mengesan virus atau bacteria yang lain selain Covid-19 yang mungkin dihadapi oleh sesiapa sahaja lebih lagi kepada pelancong yang keluar atau masuk ke negara kita,” kata Kapten Mahadzir.

Tambah Kapten Mahadzir lagi MiTDA mengorak langkah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memulihkan industri pelancongan dan juga merancakkan semula ekonomi negara apabila redanya serangan Covid-19 ini.

 

“Apa yang penting adalah persiapan. Kita mesti bersedia bagi menyambut pelancong2 yang akan ke Malaysia dari aspek ‘revenge tourism’. Kunjungan mereka ini akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada negara sekali gus kepada rakyat. Dari segi pendapatan negara dan rakyat. MiTDA akan berusaha bagi menjadikan negara kita safe heaven and the most preferred tourist destination in the world. Akhirnya kita akan meletakkan “MALAYSIA IS THE EYES OF THE WORLD”, katanya .

Sementara itu, Dato’ Dr Khalid Ibrahim, Group COO Asia Coding Centre, Teknologi Real Time (RT) PCR,(molecular) ialah masa, kualiti , sensitiviti, spesificity adalah sama dengan PCR Konventional yang ketika ini memakan masa 5 hingga 8 jam.

“ Teknologi ini boleh lakukan dlm masa 1 jam dan dengan mendapat keputusan segera, pelancong atau rakyat yang pulang lebih yakin untuk pulang sama ada kurantin di rumah atau di hotel. Dengan keputusan yng cepat dalam masa 1 jam, seandainya positif, pesakit ini boleh diasingkan lebih awal dan sample ini boleh segera dibuat genome typing untuk mengenali jenis variant yang dibawa. Dengan mengetahui jenis variant, maka kawalan kesihatan awam dapat disegerakan,” kata Dato’ Dr Khalid Ibrahim.