LaLaport Pertama di Asia Tenggara bakal dibuka di Kuala Lumpur
● LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damaidan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.
● Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.
Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022 dan dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.
Sebagai tambahan kepada pusat beli-belah itu, Mitsui Fudosan berkerjasama rapat dengan BBCC untuk menubuhkan pembangunan bandar berskala besar dengan fungsi yang pelbagai terdiri daripada pusat beli-belah, kediaman, pangsapuri servis, bangunan pejabat dan hotel, dengan jumlah keluasan tapak kira-kira 78,500 meter persegi (anggaran). Selepas disiapkan, projek BBCC ini bakal menjadi satu-satunya mercu tanda yang mengunjurkan gaya hidup Jepun baharu, membolehkan masyarakat tempatan "mengamalkan gaya hidup, bekerja, bermain dan berkumpul" dengan cara yang lebih mudah.
LaLaport BBCC bakal menerajui pembangunan keseluruhan projek itu sebagai hab yang menggalakkan rakyat memahami satu sama lain, menambah baik mutu kehidupan dan menawarkan ketenangan kepada orang ramai. Sebagai pusat beli-belah yang menumpukan gaya hidup dari Jepun, LaLaport BBCC mahu pelanggan yakin dengan reka bentuknya yang menawarkan pengalaman baharu selain menggabungkan budaya dan trend Malaysia sambil mengekalkan DNA Jepunnya yang tersendiri.
Melalui pengalaman dengan rangkaian komersial Jepun yang meluas, LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.
LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal – tawaran yang unik dan menarik dari Shin' Labo, Marta's Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ / Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang telah menempah nama di Malaysia.
Persekitaran pusat beli-belah baru ini direka dengan estetika “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semula jadi bagi menyediakan ruang yang melangkaui aktiviti membeli-belah. Aliran reka bentuk dalaman-luaran LaLaport BBCC yang lancar menawarkan tempat di mana pelanggan dan pelawat ke pusat membeli-belah itu boleh berinteraksi dan menghabiskan masa yang bermutu dengan rakan dan keluarga.
Pusat beli-belah itu menawarkan kepelbagaian citarasa, termasuk aras makanan dan minuman yang besar yang menawarkan pasar raya dan “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera kasual bernama “Cafeteria”, sekali gus memenuhi pelbagai kehendak pelanggan. “Gourmet Street” memberikan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka untuk pengunjung manakala medan selera “Garden Dining” yang besar di Aras 4 mempunyai kapasiti1,400 tempat duduk.
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti "Central Rooftop Garden" dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.
Bagi menambah baik pengalaman membeli-belah kepada pelanggan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan sehenti, Aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pusat beli-belah ini. LaLaport BBCC juga akan menyediakan ciri penstriman langsung melalui platform media sosial yang membolehkan hal-hal terkini dimaklumkan di hujung jari.
Selain itu, Mitsui Fudosan turut menambah baik keterhubungan pengangkutan bagi merancakkan pembangunan bandar BBCC. Dengan mengutamakan keterhubungan dan akses jalanraya menerusi tiga (3) terowong yang menuju parkir kereta, selain rangkaian laluan pejalan kaki, ia membolehkan aliran keluar dan masuk dari pelbagai arah. Akses langsung ke Stesen Hang Tuah di laluan LRT dan KL Monorel menjadikannya lebih mudah untuk masuk ke LaLaport BBCC.
✓ LaLaport BBCC juga bekerjasama dengan syarikat sumber manusia di Malaysia untuk merekrut tenaga kerja. Pusat itu mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia untuk operasi pusat membeli-belah dan juga untuk menyokong keperluan kedai.✓ Pekerja boleh menjangkakan persekitaran kerja yang menyenangkan dengan ruang istirahat kakitangan yang direka khas dengan keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselamatan.
✓ Antara ciri ruang istirahat kakitangan termasuk tumbuh-tumbuhan dan suasana kehijauan, ruang tidur siang, ruang membersihkan diri, Wi-Fi percuma dan tempat mengecas komputer dan telefon pintar.
Sejak Mitsui Fudosan membuka LaLaport pertamanya di Jepun pada tahun 1981, syarikat itu telah berusaha untuk seiring bersama masyarakat tempatan dengan terus mengikuti perkembangan dan perubahan. Hari ini, Mitsui Fudosan mempunyai 16 pusat beli-belah LaLaport di Jepun yang menyediakan spektrum penuh keseronokan untuk pelanggan di Jepun mengikut wilayah masingmasing. Mitsui Fudosan juga sedang giat membangunkan perniagaan kemudahan komersial di negara dan wilayah Asia termasuk Shanghai dan Taiwan dengan pengalaman selama bertahun-tahun di Jepun.
Dedikasi ini ditunjukkan dalam aktiviti perniagaan Mitsui Fudosan di Malaysia bermula daripada pembukaan Mitsui Outlet Park Kuala Lumpur International Airport Sepang pada tahun 2015, sehingga pusat beli-belah yang akan beroperasi di tengah-tengah Kuala Lumpur.
✓ Antara ciri ruang istirahat kakitangan termasuk tumbuh-tumbuhan dan suasana kehijauan, ruang tidur siang, ruang membersihkan diri, Wi-Fi percuma dan tempat mengecas komputer dan telefon pintar.