MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM(MoU) PELAN PEMASARAN FAREHA HOLDING SDN. BHD BERSAMA NEWSFEED MEDIA.
Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien Newsfeed Media dengan jumlah pelaburan tertinggi pemasaran luar talian bejumlah RM3,727,075.00.
Newsfeed Media, syarikat yang membantu usahawan SME menyusun dan menjalankan pelan pemasaran, penjenamaan dan pengiklanan khasnya menerusi medium luar talian (Offline) hari ini mengadakan majlis menandatangani Mou pelan pemasaran bersama Fareha Holding Sdn. Bhd.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Norzira Syarini Mohammed Pauzi, majlis ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Fareha Holding Sdn. Bhd. setelah kerjasama kedua-dua pihak sejak ogos 2020.
Menurut beliau, selain radio, Fareha turut memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menyusun kemunculan jenama FAREHA dalam program temubual di beberapa siaran stesen TV termasuk TV3, RTM, Tvalhijrah, menaikkan papan iklan (billboard) di lebuhraya dan dalam bandar, siaran dalam akhbar-akhbar tempatan dan arus perdana serta banyak lagi medium pemasaran lain.
"Bermula dari pertemuan pertama sejak Ogos 2020, kami merangka dan menyusun pemasaran yang berstrategi agar jenama FAREHA lebih terkedepan dan dikenali.
Pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa.
Majlis bertema serba putih ini ini dihadiri seramai 50 jemputan yang terdiri dari pihak Newsfeed Media, pihak Fareha Holding Sdn. Bhd, wakil dari Astro, dan juga pihak media.
"Pada 2021, Fareha Holding Sdn. Bhd merupakan klien kami dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam pemasaran luar talian sebanyak RM2,238, 835.00 dan tahun ini sekali lagi Fareha bersetuju untuk menyambung pemasaran luar talian menerusi medium radio berjumlah RM1.5 juta menjadikan keseluruhan kos pemasaran yang di laburkan bernilai RM3,727,075.00 setakat ini,"Norzira Syarini.
"Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan dan usahawan SME dengan produk tudung bawal anti kedut berharga RM27 sehelai mampu untuk mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan di kenali di seluruh negara, malah mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal.
Tambah beliau, kepercayaan dan amanah yang diberikan buat kali kedua sangat besar nilainya, dan turut berbangga dengan pencapaian Fareha Holding Sdn. Bhd.
Sementara itu, Pengarah Urusan Newsfeed Media, Mohd Afiq Abu Hasan mengajak usahawan semua untuk menjalankan pemasaran dengan lebih tersusun.
"Usahawan yang melabur dengan jumlah yang tinggi untuk pemasaran belum tentu dapat memperkenalkan jenama masing-masing dengan baik dan dikenali, sekiranya tidak di lakukan secara berstrategi.
Pemasaran luar talian juga masih relevan, terutama dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna, meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah dan di padam pada bila-bila masa.
"Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan semua dan memberikan pelan pemasaran yang strategik untuk semua.
Simbolik kepada majlis menandatangani MoU ini, Pengarah yang juga Pengasas Fareha, Nurul Fareha Anuar hadir menurunkan tandatangan pada replika cek berjumlah RM3,727,075.00. Selain itu, beliau turut diserahkan trofi 'The Most Outstanding Brand 2021' anjuran Newsfeed Media.
Newsfeed Media merupakan syarikat penjenamaan, pemasaran dan pengiklanan yang telah beroperasi sejak Januari 2020.