NEXTGen Malaysia Persembahkan Acara Bertemakan Kelestarian dan Mobiliti Elektrik di Kuala Lumpur.
Platform yang disediakan oleh BMW Group Malaysia ini menghimpunkan para pakar dan penggiatindustri untuk memudahkan pertukaran idea mengenai inovasi dan solusi lestari, dalam usaha sama dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC), Tenaga Nasional Berhad(TNB), Siemens Malaysia, di samping Samsung Malaysia Electronics dan Glenfiddich by WilliamGrant & Sons.
BMW Group Malaysia telah melancarkan hari pembukaan NEXTGen Malaysia – iaitu sebuah acara bertempoh tiga hari bertemakan kelestarian dan mobilitiberelektrik, dirasmikan oleh
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri (MITI).
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkongsi, “Apabila BMW i diperkenalkandi Malaysia tujuh tahun yang lalu, kami telah membayangkan bahawa masa depan mobiliti elektroakan kelihatan seperti hari ini.
Selain berganding bahu dengan para penggiat industri danmenawarkan sokongan yang berterusan kepada agenda elektrifikasi negara, kami juga inginmemperkasakan generasi Malaysia yang seterusnya untuk mencetus perubahan dalam aspekkelestarian – yang merupakan pendorong utama bagi NEXTGen Malaysia. Seperti para rakan kongsikami, kami juga percaya bahawa masa depan kita akan berlandaskan elektrik dan wujud keperluanbagi para pemegang tara untuk menggalas tanggungjawab secara bersama di setiap peringkat untukmembangunkan solusi-solusi lestari demi hari esok yang lebih cerah.”
NEXTGen Malaysia merupakan acara kelestarian buat warga umum yang terlahir menerusikerjasama pelbagai hala, ia juga telah menyaksikan majlis penandatangan MemorandumPersefahaman (MOU) antara BMW Group Malaysia dan rakan-rakan kongsinya, MGTC, TNB, danSiemens Malaysia, untuk melanjutkan usaha pembangunan ekosistem dan infrastruktur bagiKenderaan Elektrik di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor menyatakan, “Sementara kitamemberi fokus untuk menggiatkan kemajuan teknologi hijau, pemerkasaan tindakan iklim dan pemupukan gaya hidup yang lebih lestari, kami juga percaya bahawa mobiliti lestari adalah kunciuntuk merealisasikan matlamat gas rumah hijau sifar yang ingin dicapai oleh Malaysia menjelang2050. Usaha sama yang dijalin dengan BMW Group Malaysia untuk memacu penerimagunaan danpelaksanaan elektrifikasi di dalam negara adalah sejajar dengan strategi kami bagi mobiliti karbonrendah.”
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkongsi, “Sebagai utiliti elektrik yangterbesar di Malaysia dan syarikat utiliti terkemuka di Asia, kami bertekad untuk memperkasakanrakyat Malaysia dengan solusi-solusi inovatif lagi lestari demi masa depan kita. Aspirasi kami adalahuntuk menjadi peneraju dalam pembekalan solusi tenaga lestari di Malaysia dan di persadaantarabangsa, bertunjangkan aspirasi ke atas Emisi Sifar Bersih menjelang 2050. Pengelektrifikasianmobiliti merupakan langkah yang seterusnya dalam sektor automotif, dan kami berasa teruja untukmenggiatkan pemupukannya di samping BMW Group Malaysia menerusi usaha sama jangkapanjang kita bagi memudahkan akses ke atas infrastruktur pengecasan di seluruh negara.”
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Adam Yee berkongsi sentimen yang samadan memberitahu, “Kelestarian memainkan peranan yang penting bagi perniagaan kami di Siemens.Kami menyalurkan usaha secara berterusan untuk membangunkan solusi-solusi inovatif bagimengatasi cabaran yang wujud untuk melindungi alam sekitar, menyahkarbon, serta menjadikandunia ini lebih sihat, lestari dan inklusif. Kami berasa teruja untuk berganding bahu dengan BMWGroup Malaysia yang berkongsi visi yang sama, yakni untuk memacu pembangunan dan pemupukanmobiliti elektro di Malaysia agar negara kita bersifat lebih lestari buat generasi akan datang.”
Hari pembukaan NEXTGen Malaysia telah menyaksikan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif InstitutAutomotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Dato’ Madani Sahari; Presiden Persatuan PengitarSemula Automotif Malaysia (MAARA), Datuk Haji Khan bin Mohd Akram Khan; Pengarah Kanan,Kumpulan Solusi Teknologi di MGTC, Huzaimi Nor bin Omar; dan Ketua Unit TV & Audio Visual diSamsung Malaysia Electronics, Calvert Yap.
Berbekalkan matlamat untuk memperkasakan generasi Malaysia yang seterusnya dengan ilmu mengenai pelbagai aspek inovasi lestari, NEXTGen Malaysia akan berterusan pada hari esoksehingga Sabtu, di NEXTGen Pavillion @ Mandarin Oriental KL. Acara ini akan menyajikan ucaptama dan panel perbincangan yang menarik menampilkan para peneraju dan pakar dalam bidangkelestarian merentasi pelbagai industri, termasuk pameran khas oleh Sunway XFarms, CircularFuture, dan KUALESA.
Dengan Samsung sebagai rakan kongsi skrin yang rasmi, para hadirin juga berpeluang untukmeneroka produk-produk canggih yang ditawarkan oleh Samsung yang dipamerkan di sekitar perkarangan acara ini, terdiri daripada The Frame Lifestyle TV, paparan QLED 8K dan banyak lagi diNEXTGen Malaysia.
Acara ini akan membuka pintunya kepada warga umum pada jam 2:00 petang esok dengan pengisian panel perbincangan awam menampilkan ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng antara lainnya, sertapada jam 10:00 pagi hari Sabtu dengan perungkaian istimewa yang bakal dibuat oleh BMW i. Untukmendapatkan maklumat lanjut serta perkembangan terkini mengenai NEXTGen Malaysia, sila layarilaman sesawang rasminya di sini.