Aktiviti Menarik Di Kebun Che Mah, Bukit Tabur, Kemensah
Kali ini kami ingin berkongsikan kepada anda satu lagi lokasi menarik bagi peminat hiking dan pemandangan yang cukup indah. Kebun Che Mah' Bukit Tabur, Kemensah yang dikatakan harta karun dunia yang tersenarai dalam Top 10 Eco Tourism 2022 Malaysia ini makin diminati peminat hiking kerana lokasinya tidak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Aktiviti mendaki menjadi cukup popular semenjak kebelakang ini dan anda berpeluang untuk melihat sendiri alam semua jadi yang menarik di kawasan Kebun Che Mah. Malah banyak juga pelancong dari luar negara turut memilih lokasi terbaik di Kemensah ini.
Jika anda bernasib baik akan dapat dapat melihat kanak-kanak dan masyarakat suku kaum asli Temuan yang menetap di kawasan berhampiran. Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dapat di lihat dengan jelas.
Anda perlu mendaki sejauh 1.31 kilometer untuk sampai ke Kebun Che Mah. Jika anda ingin jimatkan masa dan tenaga boleh memilih untuk membayar perkhidmatan dengan menaiki kereta pacuan empat roda atau menyewa ATV. Terdapat juga sebuah cafe di atas untuk anda menikmati makanan setelah penat mendaki.
Jika anda bercadang untuk datang ke sini terutama untuk melakukan aktiviti mendaki anda boleh hubungi mereka dahulu dan membuat tempahan jika ingin menggunakan servis mereka. Surau untuk solat juga turut di sediakankan.
Selain dari mendaki terdapat juga beberapa pakej menarik yang disediakan di Kebun Che Mah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk anda seperti :
• Hiking di Banjaran Quarza yang terpanjang didunia
• Ladang Kebun Che Mah
• Ladang Buah-Buahan
• Camping
• Offroad Cafe/Restoran Atas Bukit
• Rimba Learning Centre
• Perkampungan Orang Asli
• Sungai Kemensah
• Klang Gates Dam
• Dusun Tuk Lee
• Parti Durian
• Sarapan di Cafe menikmati Matahari
• Sambutan Hari Jadi
Ketika kami hadir kami sempat kami beramah mesra dengan Che Mah yang begitu peramah sekali menerangkan lokasi Kebun Che Mah yang di uruskan.
Ketika kunjungan Kebun Che Mah sedang berlansung aktiviti team building sebuah syarikat dan kami sempat untuk turut serta. Memang menarik, kami sempat bersama-sama melihat ragam mereka memasak untuk setiap kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini menarik bagi menaikkan semangat berkumpulan dalam suasana yang menarik bersama-sama.
Kami berpeluang menikmati durian yang berada di dalam Kebun Che Mah, memang terbaik dan sedap. Dengar kata masakan di kafe Kebun Che Mah pun sedap-sedap. Jadi yang singgah sini harus merasai sendiri nanti.
Turut serta adalah penyanyi Tam Spider yang sama-sama menghangatkan suasanan pada kali ini. Bertambah meriah bila ada artis yang turut menghiburkan tetamu.
Nampak nampak menarik dengan pemandangan yang indah di sekitar kawasan kawasan Kebun Che Mah, tambah lagi pemandangan waktu malam.
Buat masa ini Kebun Che Mah boleh menerima sekitar 10 khemah untuk aktiviti camping bermalam.
Kami berpeluang untuk bersama-sama mengikuti team Kebun Che Mah untuk membawa peserta-peserta menaiki Atv dan Kereta 4x4 untuk menyelusuri kawasan penempatan orang asal kaum Temuan yang berada di kawasan Kemensah.
Memang menarik sambil beramah-mesra peserta dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan mereka orang asli kaum Temuan yang ada di Kemensah ini. Kanak-kanak paling meriah bila ada sahaja kunjungan yang datang.
Jikan anda ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau sebarang event bolehlah berkunjung ke Kebun Che Mah. Untuk maklumat lanjut sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi mereka di laman sosial facebook Kebun Che Mah.
Facobook : https://www.facebook.com/JewelOfKemensah/
Tel : +60 12-544 4302