Terkini | New

Bella Ammara Lantik Fasha Sandha dan Zizi Kirana Sebagai Duta Bella Raya 2022

Bella Ammara melancarkan kempen jualan Koleksi Telekung Bella Raya 2022 dan memperkenalkan duta Koleksi Telekung Raya Bella Ammara terbaharu iaitu pelakon dan penyanyi popular Fasha Sandha dan Zizi Kirana.


Untuk Koleksi Telekung Bella Raya 2022, Bella Ammara memilih Fasha Sandha dan Zizi Kirana kerana mejadi pilihan para stokis dan tertarik dengan personaliti serta kisah penghijrahan Zizi Kirana.


 
Pengasas Bella Ammara, Sharifah Nabilla Al-Yahya berkata pada tahun ini akan lebih fokus kepada penjualan telekung berbanding baju raya kerana pemintaan telekung bertambah tinggi semenjak pandemik covid19. Bella Ammara juga telah bermula dengan penjualan tudung sebelum menjual baju dan jubah. Koleksi raya kali ini bertujuan bagi membantu wanita menjana pendapatan bagi tiba musim perayaan nanti.

Fasha Sandha turut melahirkan rasa berterima kasih dan teruja apabila ditawarkan sebagai wajah untuk kempen mempromosikan Koleksi Telekung Raya Bella Ammara 2022 sedangkan beliau masih belum berhijab. 

"Produk Bella Ammara yang berkualiti menjadikan beliau lebih gembira dengan tawaran untuk mempromosikan tambahan lagi produk ini murah dari harga pasaran dan mampu milik Telekung Bella Ammara sangat selesa dan pembuatanya kemas dan cantik. InsyaAllah dipermudahkan baginya untuk berhijab pada masa akan datang” ujar Fasha Sandha

Bella Ammara turut melancarkan koleksi telekung Kirasha dan Sharifah sebagai produk untuk tahun ini. Koleksi Telekung Kirasha mempunyai empat pilihan warna iaitu dusty blue, dusty pink, dusty green dan nude. Manakala Koleksi Telekung Sharifah cuma berwarna hitam dan putih.




Koleksi Telekung Sharifah nampak lebih exclusive dan premiun khas buat wanita muslimah yang mempunyai 2 pilihan warna hitam dan putih. 

Pastinya menepati citarasa kaum hawa kerana material yang sejuk, selesa dan dihiasi sulaman yang simple. Kualiti yang terbaik akan membantu wanita menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan tenang.



Koleksi Bella Ammara, Telekung Kirasha bermula dengan harga dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set telekung yang dilengkapi dengan telekung kapas premium, sejadah, beg tote, beg kanvas dan kotak eksklusif yang sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah diri sendiri, kawan-kawan dan keluarga.











Bella Ammara mempunyai lima butik di Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Sungai Petani dan Johor serta agen jualan di seluruh Malaysia, Brunei serta Singapura.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini anda boleh layari laman web dan laman seosial mereka di :
Instagram : Bella Ammara
Email: ammara.bella@gmail.com
Contact No: 03-55239463