KAPB MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA AHLI-AHLI YANG TERKESAN OLEH BANJIR.
Banjir yang melanda negara baru-baru ini mengejutkan Rakyat dikala negara berdepan dengan pelbagai masalah sosio-ekonomi yang disebabkan oleh penyebaran penyakit Covid-19 dan juga isu-isu semasa seperti ketidakstabilan politik dan keadaan ekonomi yang membimbangkan. Rakyat yang terkesan amat memerlukan bantuan dalam apa bentuk sekalipun samada daripada Kerajaan ataupun pihak swasta.
Sehubungan dengan itu, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB), sebuah koperasi pelaburan perintis di Malaysia, melangkah ke hadapan untuk menzahirkan keperihatinannya kepada isu tersebut.
Sementara itu, orang ramai juga digalakkan untuk menyertai keahlian KAPB demi kepentingan masa hadapan mereka khususnya untuk situasi-situasi kritikal seperti bencana alam; dan secara amnya untuk keharmonian kedudukan kewangan di masa hadapan berdasarkan kepada pulangan yang dibawa oleh KAPB dari pelaburan aset-aset nyatanya.
Sebarang pertanyaan boleh ditujukan ke e-mel enquiry@kapb.com.my atau melayari pautan http://online.kapb.com.my/registration 1.asp untuk membuat pendaftaran terus.
KAPB yang kini mempunyai lebih dari 7,000 ahli giat menghulurkan bantuan yang releven untuk keperluan semasa ahli-ahlinya.
Pada bulan Disember 2021 baru-baru ini, KAPB telah membuat siaran media untuk melaporkan kesediaan organisasi tersebut untuk membantu ahli-ahlinya yang terkesan oleh bencana banjir yang tidak dijangka itu. Sejak siaran tersebut, ramai di kalangan ahli-ahlinya telah memohon untuk bantuan yang ditawarkan oleh KAPB.
KAPB dengan sukacitanya membuat penyerahan bantuan bencana banjir kepada ahli-ahlinya yang memohon dan juga layak untuk dibantu. Sejumlah peruntukan telah disediakan oleh KAPB di dalam belanjawannya bagi tujuan ini. Setiap keluarga yang permohonannya diluluskan akan menerima bantuan sebanyak RM3,000.
Dato 'Ilyas Mohamed, selaku Pengerusi Eksekutifnya berkata, "Kami amat prihatin dengan keperluan mereka yang tidak bernasib baik. Apabila Rakyat dibendung kesusahan, sesama kita, manusia, perlu ada sifat keperimanusiaan untuk saling membantu dalam apa bentuk sekali pun.Sifat ini tidaklah terhad hanya kepada individu ataupun pihak Kerajaan. Organisasi-organisasi korporat juga harus memainkan peranan tersebut. Di sini, sukacitanya saya melaporkan bahawa KAPB menyambut baik saranan seperti ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada ahli-ahlinya yang terkesan oleh bencana banjir yang melanda negara baru baru ini."