Terkini | New

Mad Rizal Dedahkan Pernah Hampir Kena Pukul Dengan Rapper Underground, Gara-Gara Nama Semakin Dikenali

Penyanyi rap Madrizal mendedahkan dirinya pernah hampir dipukul oleh geng-geng rappers underground yang tidak berpuas hati apabila namanya mula menjadi sebutan.

Mad Rizal berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia mula-mula muncul sebagai penyanyi rap pada tahun 2015 menerusi lagu Budak Baru Nak Up.


“Ketika mula-mula buat kemunculan dulu, ada geng-geng rappers yang tidak puas hati sampai saya hampir kena pukul dan saya pun tidak tahu kenapa. Alasan mereka lagu rap saya itu tak bagus, tetapi masih mendapat sambutan sehingga sering masuk TV berbanding mereka yang sudah cuba bertahun-tahun dah sukar untuk popular,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia nyanyian, Madrizal memberitahu sehingga kini dia sudah menghasilkan enam buah single yang kebandyakannya menjadi OST drama dan filem. Ujarnya.

Selain Budak Baru Nak Up sebagai single pertama, lain-lain lagu yang dihasilkan antaranya Sembang, Potong Tang Corner, Celup, Besar Kepala dan Mamasita.

 

“Single terbaharu yang dihasilkan adalah Mamasita yang terbit pada tahun 2020. Cuma lagu itu tak berapa dikenali kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga susah untuk buat promosi,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Madrizal juga memberitahu dia sebenarnya terbabit dalam perniagaan kedai gunting rambut serta menjual pomade yang diberi nama Mad’s Pomade. Sudah menjalankan perniagaan selama tujuh tahun, penyanyi itu menyatakan produknya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“Perniagaan ini sudah bermula sejak tahun 2015 dan banyak kajian saya buat untuk dapat hasilkan pomade yang terbaik sehingga ia mendapat kelulusan dua tahun lalu. “Sambutan pula memang sangat menggalakkan dan saya merancang untuk memasarkannya di luar negara iaitu di Filipina dan Indonesia,” ujarnya.

Info daripada - KopiPlanet.com