Terkini | New

Samsung Galaxy A03 Dengan Kamera 48MP Yang Bajet Dan Mampu Milik

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A03 menjadi pilihan ramai khas untuk pelajar, yang agak murah dan mampu milik. Samsung Galaxy A03 menepati pilihan kerana mempunyai RAM, storan dalaman dan bateri yang agak besar.


Samsung Galaxy A03 menggabungkan kuasa pemprosesan Octa-core dengan sehingga 3GB/4GB RAM untuk prestasi yang pantas. Ruang storage dalaman 32GB/64GB atau tambah lebih banyak ruang dengan kad mikroSD sehingga 1TB.


Samsung Galaxy A03 hadir dengan pengecas 7.75W, USB Cable (Micro), SIM Pin dan user guide A03, Samsung Warranty Register Secara Online. Antara warna pilihan menarik tersedia adalah hitam, biru dan merah.


Apa yang menarik Samsung Galaxy A03 dilengkapi dengan kamera utama 48MP yang padu bagi peminat fotografi , bateri 5,000mAh yang boleh bertahan dengan lama, pemproses Octa-Core dan Sistem-on-Chip (SoC) Unisoc T606 terbaru memang sesuai untuk pengguna yang mencari peranti yang berkuasa.


Samsung Galaxy A03 dengan paparan Infinity-V 6.5 inci merupakan panel LCD IPS yang dilengkapi dengan resolusi skrin 720p HD+ standard dan kamera 5MP untuk swafoto dan panggilan video.



Manakala, kamera utama 48MP F1.8 Samsung Galaxy A03 memberikan anda hasil gambar yang jelas dan kamera 2MP F2.4 yang membolehkan pengguna mengambil gambar portrait dengan kesan bokeh yang semula jadi dan boleh laras dalam Portrait mode.








Bagi peminat fotografi dengan kamera utama 48MP F1.8 dapat menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan cantik. Penggunaan wide lens dan 10x zoom menjadikan Samsung Galaxy A03 bertambah nilai dan diminati ramai. 

Mod Panorama

Samsung Galaxy A03 turut menyediakan mod Pro bagi mereka yang lebih profesional. Fungsi seperti kawalan white balance, ISO dan dan exposure disediakan bagi mod Pro tersebut. Selain itu, mod-mod lain yang turut disediakan seperti mod makanan, hyperlape, panorama dan mod malam.









Prestasi bateri Samsung Galaxy A03 dengan kapasiti bateri Li-Po sebanyak 5000 mAh yang akan menghasilkan masa skrin penuh melebihi 6 jam tanpa sebarang masalah. 

Anda boleh bermain permainan ringan selama lebih daripada 3 jam. Peranti ini disokong oleh unit bateri 5,000 mAh yang besar. Kelajuan pengecasan adalah standard (7.75W)


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY A03 (4G)

Model: Samsung Galaxy A03
Paparan: 6.5 inches HD+ PLS LCD, 720 x 1600 pixels (20:9)
Pemproses: Octa-core (2x1.6 GHz & 6x1.6 GHz)
Cip: System-on-Chip (SoC) Unisoc T606
OS: Android 11, Samsung One UI 3.0
RAM: 4GB
Memori Dalaman: 64GB ROM
Kamera Utama: Dual: 48 MP, f/1.8, (wide), AF + 2 MP, f/2.4, (depth)
Kamera Depan: 5 MP, f/2.2
Bateri: Non-removable Li-Po 5000 mAh battery, 7.75W charging
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Sistem Imbasan: Accelerometer
Virtual proximity sensing
Warna Pilihan: Black, Blue, Red

Samsung Galaxy A03 telefon pintar yang berpatutan ini boleh menjadi milik anda dengan harga  RM469 untuk RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB atau RM549 untuk RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB. 

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-black-32gb-sm-a035fzkdxme