Terkini | New

Alibaba Ekspres dan Scania menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi memperkenalkan perkhidmatan bas mewah mampu milik di Malaysia

Alibaba Ekspres dan Scania menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi memperkenalkan perkhidmatan bas mewah mampu milik di Malaysia.

● Koc Alibaba Ekspres telah dilengkapkan dengan kemudahan terkini untuk memastikan para pelanggan selamat dan selesa sepanjang perjalanan.
● Koc dua tingkat ini boleh diubahsuai untuk memenuhi segala keperluan asas dalam perjalanan untuk setiap pelanggan.
● Perkhidmatan koc mewah ini telah dijadikan mampu milik untuk semua.


Alibaba dan Scania telah menandatangani Memorandum Persefahaman bagi memperkenalkan perkhidmatan perjalanan berulang alik dalam koc mewah mampu milik ke Pantai Timur Malaysia.

Alibaba akan menjadikan pengalaman perjalanan dengan koc-koc mewah mampu milik ini nyata, dengan pengeluaran pertama koc dua tingkat, yang akan memulakan perkhidmatannya di daerah sebelah barat dan pantai timur Malaysia.



Encik Md Fauzi bin Abd Halim, Ketua Eksekutif Operasi Alibaba Ekspres telah menyatakan bahawa 14 koc mewah akan mula beroperasi di antara Pantai Timur dan Lembah Klang bermula pada bulan Februari 2022.



“Kami sangat teruja untuk memulakan perkhidmatan dan juga menggunakan laluan ini. Melalui Memorandum Persefahaman ini, kami telah memberikan komitmen kepada rakan kongsi asing, Scania, untuk meningkatkan jumlah koc-koc seperti ini di Malaysia, untuk membolehkan semua rakyat Malaysia mampu mengalami perjalanan yang mewah dan selesa dalam koc-koc kami.”




Koc-koc kami telah direka untuk memberi pengalaman yang sangat mewah dan selesa kepada setiap pelanggan. Perkhidmatan makanan, sistem pembersihan udara berjenama dan tandas ada disediakan di setiap koc mewah kami. Ini membolehkan para pelanggan mengalami perjalanan yang selamat dan selesa tanpa perlu berhenti di mana-mana kawasan rehat.


Majlis menandatangan Memorandum Persefahaman tersebut telah diserikan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Alibaba telah menggunakan perhidmatan dua pembina koc terkenal, SHL Coach dan Tact Coach.



Kedua-dua syarikat ini telah mempunyai pengalaman yang berdekad lamanya dalam mereka dan membina koc-koc yang berkualiti tinggi. Kedua-dua syarikat ini akan membekalkan kesemua 30 buah koc-koc Alibaba.


\Siri The Ark, sebuah model A-20HD telah direka dan dikeluarkan khas oleh SHL Coach, manakala siri TX-7 pula telah direka dan dikeluarkan oleh Tact Coach. Semua koc-koc ini telah dibina atas model terkini Scania Chassis, yang pertama dan terunggul di Malaysia.  


Koc-koc Alibaba yang telah dibina oleh SHL Coach dan Tach Coach merupakan jenis pertama di Malaysia yang mempunyai penghawa dingin dwi fungsi di dalam kedua-dua lantai koc tersebut. Lantai bahagian bawah koc boleh memuatkan sebuah pantri, tandas, ruang rehat serta tempat simpanan kargo.

Ini akan membolehkan setiap pengusaha untuk memilih sama ada untuk memberi perkhidmatan koc perjalanan mewah tanpa henti atau menggunakan koc tersebut sebagai khidmat pengangkutan hari yang sama.



Terkini untuk koc Alibaba adalah sebuah koc mewah yang memuatkan 24 buah tempat duduk yang dilengkapi dengan alat hiburan peribadi seperti kerusi urut, serta sistem matiumat hibur untuk permainan dalam talian, menonton filem dan pelayaran internet.


Lebih lagi, SHL Coach telah bekerjasama dengan jurutera-jurutera Scania, dengan meluangkan masa yang panjang dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan struktur keselamatan dan ketegaran. Ini akan memastikan koc tersebut mempunyai stuktur yang boleh dipercayai dan tahan lama.

Ketegaran struktur koc ini telah diiktirafkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan ia juga memenuhi keperluan ujian UN-ECE R66. SHL Coach juga telah melaburkan lebih Rm 500 000 dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan unit pencahayaan mereka tersendiri - The Ark A20H



Unit “The Ark Day Time Running Light” ini akan menghasilkan isyarat kesan air mengalir. "Unit tersendiri kami, The Art Tail Lamp, telah direka khas untuk memastikan fungsi keselamatan yang baik dan kesan visual dan pengunjuran bahagian tepi kenderaan yang lebih baik,” jelas Encik Bernard Ng Chong Yan, Sin Hock Leong Coach Works Sdn Bhd.

Orang ramai juga boieh yakin yang mereka akan mendapat mutu udara yang sangat baik sepanjang perjalanan mereka di dalam The Ark A20HD.

“Koc-koc kami akan dilengkapkan dengan sistem pembersih udara teknologinano yang mampu menyahkuman dan menyahbau udara dalam kenderaan. Pembersih udara akan menyebabkan virus dan bakteria menjadi tidak aktif, justeru itu mengurangkan penyebaran jangkitan udara di dalam kenderaan,” Mr Bernard Ng Chong Yan dari Sin Hock Leong Coach Works (SHL) Sdn Bhd meyakinkan orang ramai.


Tentang Alibaba Ekspres
Ditubuhkan pada tahun 2019, Alibaba Ekspres dibawah naungan Alibaba Tours&Travel ada sebuah agensi yang diiktirafkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Tumpuan kami ialah perjalanan darat melalui rangkaian jalan raya di daerah sebelah Pantai Timur Malaysia seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Melalui pakej-pakej percutian dan perkhidmatan koc kami ke Pantai Timur yang sangat menarik, kami berusaha untuk membangunkan sector pelancongan dan yang berkaitan dengannya di daerah tersebut.

Kami merancang untuk membangunkan sektor pembangunan hartana dan juga penjualan borong barangan produk-produk khusus Pantai Timur.


Tentang Scania
Ditubuhkan pada tahun 1891, Scania adalah peneraju pengeluar trak dan koc/bas, khusus untuk aplikasi kenderaan berat, yang disertai dengan perkhidmatan berkaitan produk yang sangat luas. la juga adalah peneraju penyelesaian kuasa — perindustrian, marin, dan enjin penjanaan kuasa. Tumpuan strategik syarikat ini ialah keuntungan pelanggan dengan cara meletakkan syarikat mereka di barisan hadapan sector penyelesaian kuasa yang mampan.

Scania menggajikan 52,000 pekerja dari seluruh dunia yang bekerja dan berkhidmat di 100 buah negara. Kegiatan pembangunan dan penyelidikan ditumpukan di Sweden, sementara kegiatan pengeluaran pula mengambil tempat di Eropa, Asia dan Amerika Selatan. lbu pejabat syarikat ini bertempat di Sodertalje, Sweden.

Scania mula beroperasi di Malaysia awal tahun 1970-an, memberi sokongan kepada sector logistic, pembinaan, dan perkhidmatan awam — mengangkut barangan serta orang ramai berulang-alik di seluruh negara. Scania (Malaysia) Sdn Bhd hari ini menawarkan perkhidmatan penjualan, pembaikan dan pengekalan, bantuan jalan raya, alat ganti, perkhidmatan didorong data, sistem pengurusan flit, latinan & melatih para pemandu serta perkhidmatan kewangan melalui Scania Credit. Pejabat serantau Scania Asia Parts Centre bertempat di Singapura.


Tentang SHL Coach
Sin Hock Leong Coach Works Sdn Bhd, yang lebih dikenali sebagai SHL COACH adalah sebuah syarikat Perusahan Kecil dan Sederhana (SME) yang dinamik dan dikenali di Malaysia. Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang menghasilkan koc-koc pengangkutan kargo serta penumpang. Bermula pada tahun 1940-an, apabila kami membina dan menghantar koc pertama kami pada masa negara kami masih dikenali sebagai Malaya sebelum kemerdekaan. Semenjak itu, kami masih bertapak kukuh dalam industri ini sehingga hari ini.

SHL COACH telah ditubuhkan oleh Mr. Ng Boon Lan dan syarikat telah disenaraikan sebagai syarikat terhad dan peribadi pada tahun 1986. Kami kagum dengan rekod pencapaian teknikal syarikat kami ini, hasil berdekad lamanya usaha wajar dan akruan pengetahuan. Kekuatan kami adalah penubuhan kepakaran pasaran dan asas pelanggan yang mantap hasil pembangunan lebih 7 dekad lamanya.

Hari ini, SHL COACH mampu menghasilkan 120 unit setiap jenis koc dan juga Kenderaan Khas setiap tahun, berdasarkan ruang lantai terkini kami. Untuk perkembangan pada masa hadapan, syarikat kami telah pun melabur sebidang tanah perindustrian untuk meningkatkan lagi daya penghasilan kepada 180 unit setiap tahun.

Pengenalan Siri The Ark model yang merangkumi rangkaian produk dek separa tinggi, dek tinggi dan dek bertingkat. la melambangkan mutu dan keunggulan. Siri The Art telah direka secara eksklusif yang mempunyai keunikan tersendiri, penampilan yang hebat, luaran dan dalaman yang memenuhi setiap jangkaan keselamatan, keselesaan, ruang dan estetik.


Tentang Tact Coach
Tact Coach ditubuhkan pada tahun 1998 dengan matlamat untuk menawarkan penyelesaian pembuatan yang berlainan kepada pasaran pengangkutan bas. Pengkhususan kami adalah menyediakan penyelesaian tempahan tersendiri dalam pembuatan bas/koc untuk kesemua pelanggan-pelanggan kami.

Kami hanya memberi perkhidmatan serta penyelesaian yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami baik dari segi pembuatan, pembaikan bas, pembuatan tempat duduk dan pengekalan kualiti. Tact Coach juga menyediakan perkhidmatan yang pantas serta kualiti yang dijamin dalam pembaikan bas setelah kemalangan. Portfolio pelanggan kami termasuk Singapore Grassland Supernice’s, sebagai pembuat tunggal mereka selama lebih dari dua (20) puluh tahun.