Jamu Tun Teja Meraikan Kejayaan “Brand Ambassadors” Dan Memperkenalkan Produk Terbaru JTT Aromatherapy
Tahniah kami ucapkan kepada empayar produk kesihatan semulajadi, Jamu Tun Teja yang telah meraikan kejayaan “Brand Ambassadors” dan telah menganjurkan satu temasya terhebat yang bertemakan unsur-unsur Klasik Nusantara dan Kerabat Diraja pada malam Hikayat Nusantara The Rise Of A Natural Wellness Empire yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Acara terulung ini juga bersempena dengan pelancaran segmentasi terbaru bagi jenama Jamu Tun Teja iaitu JTT Aromatherapy.
Sehingga kini, Jamu Empire Sdn Bhd telah pun mempunyai tiga buah gudang iaitu di Pulau Pinang, Sabah dan Brunei. Tambahan lagi, Jamu Empire Sdn Bhd sudah berada di bawah naungan JTT Empire Holdings Sdn Bhd yang akan mengembangkan bisnes yang lebih besar dan pelbagai seperti rancangan mempunyai Spa yang berkonsepkan Klasik Tradisional, yang bakal memberi manfaat kepada wanita termasuk rawatan penjagaan wanita selepas bersalin.
Jamu Tun Teja berkonsepkan “Reseller” yang diberi nama Ambassador dan sehingga kini, jenama JTT telah mempunyai seramai 30,000 brand Ambassadors seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Jerman, USA, dan Arab Saudi.
"Malam ini kita nak meraikan Brand Ambassadors yang telah mencapai sasaran dan kejayaan untuk peringkat dan membawa mereka melakukan Umrah tahun ini dan ke Turkey. Sempena peningkatan 1000 peratus dari tahun 2020 hingga 2021 dalam satu tahun.
Pelancaran JTT Aromatherapy sebab rasa ingin mengetengahkan kesedaran untuk ramai yang stress semenjak covid19 menjadi alternatif membantu ibu menjaga anak-anak untuk melindungi selain dari makanan atau vitamin tambahan lain. Pengguna essential oil yang agak mahal dari luar negara. Kita dah buat penyelidikan bagi dapatkan pembekal yang lebih murah dan misi setiap produk harus ada herba melayu nusantara.' ulas Hazira Azihan Abd Wahab"
Produk terawal JTT iaitu Jamu Tun Teja telah terjual lebih dari 1,000,000 kotak sepanjang tempoh jualan dari tahun 2016. Produk dari JTT adalah dalam kategori “Health & Beauty Products” dan produk-produk utamanya seperti Jamu Tun Teja, Jebat, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, Mekar, Ratu, Sutera, Laut Spa Series, dan JTT Fitness berteraskan herba tradisional.
Produk JTT amat menitikberatkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran, selari dengan pelancaran segmentasi terbaru jenamanya, JTT Aromatherapy yang merupakan kaedah rawatan semulajadi menggunakan minyak esensi tumbuhan untuk meningkatkan kesihatan secara fizikal dan emosional.
Antara produk dari Jamu Tun Teja mengikut tahun pengeluarannya adalah Jamu Tun Teja (2016), Ginseng Herbal Soap (2019), Feminine Herbal Wash (2019) Mekar (2019), Sutera (2019), Laut Spa Series (2020), Mekar Gold (2021) Jebat (2021), JTT Fitness (2021), JTT Shapewear (2021) dan terbaru adalah JTT Aromatherapy (2022)
Jamu Tun Teja turut mempunyai visi bagi memperkasakan khazanah warisan yang terkenal dengan kaedah semula jadi, berkesan dan terbukti selamat untuk orang ramai dalam memacu gaya hidup dinamik masa kini.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial Jamu Tun Teja di :
Website : www.jamutunteja.my/
Facebook : https://www.facebook.com/jamutunteja
Instagram : https://www.instagram.com/jamutunteja_hq/
Email : jamutuntejahq@gmail.com