Terkini | New

Pelancaran Kempen Mengumpul Dana Bantuan Ramadan Pelarian Syria Bersama Syria Care

Pelancaran Kempen Mengumpul Dana Bantuan Ramadan Pelarian Syria Bersama Syria Care
Kempen Ramadan Al-Khair 10.0

Sempena Ramadan bakal tiba April hadapan, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care melancarkan 'OderFood' menerusi Kempen Ramadan Al-Khair khusus untuk penyediaan makanan berbuka puasa untuk rakyat Syria (pelarian) yang hidup dalam keadaan daif serta serba kekurangan.


Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, kempen berkenaan bermula 1 Februari lalu menyasarkan kutipan RM4.2 juta yang bakal memberi manfaat kepada 720,000 orang pelarian.


"Menerusi 'OderFood', tempahan makanan dibuat secara atas talian melalui platform https://www.syriacare.org.my/oderfood/ dan makanan berkenaan akan terus dihantar ke Syria.



"Platform ini menyediakan dua jenis pesanan antaranya set iftar. Setiap satu set iftar berharga RM15 boleh memberi makan untuk tiga orang. Kami juga menyediakan pek makanan mengandungi beras, gula, teh, pasta, pes tomato dan lain-lain keperluan berharga RM150 untuk satu keluarga. Jadi ada dua pilihan yang kita sediakan," katanya .

 


Beliau berkata, sejak dilancarkan Februari lalu, kutipan bagi kempen ini baru sahaja mencapai 20 peratus dari sasaran ditetapkan berbanding tempoh sama tahun lalu sekaligus menimbulkan kebimbangan.


Berdasarkan paten sumbangan yang diterima setakat ini, hanya 400 set iftar boleh disediakan sehari berbanding 2,000 set pada tahun lalu. Jika set ini mampu dikongsi sehingga tiga orang, bermakna hanya 1,200 orang saja yang dapat menikmati hidangan berbanding 6,000 orang pada tahun 2021.



"Setiap dapur kita di sana boleh menyediakan sehingga 5,000 set sehari tetapi berikutan kekangan dana..kami terpaksa kurangkan. Untuk tahun lalu, kami membuka sembilan dapur dan memandangkan situasi semasa (kutipan dana yang berkurang), kami mensasarkan empat dapur dibuka pada Ramadan kali ini," .



Pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kutipan dana pelbagai pertubuhan bukan kerajaan serta badan sukarela termasuk Syria Care. Antara tahun 2019 hingga 2020, kutipan menurun sebanyak 18 peratus iaitu dari RM16.89 juta (RM16,894,788) ke RM13.99 juta (RM13,995,827).

Manakala antara tahun 2020 hingga 2021, penyusutan kutipan berlaku sehingga 25 peratus dengan perolehan sumbangan sebanyak RM10.54 juta (RM10,542,765).






Bagaimanapun, Alhamdulillah sumbangan masih diterima dan kami berharap OderFood ini mendapat sambutan sekaligus memberi kegembiraan kepada rakyat Syria. 

Orang ramai boleh membuat sumbangan melalui laman web www.oderfood.my

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media Syria Care di: