Terkini | New

Perkongsian menarik Puan Seri Nisa Bakri Menawan puncak Gunung Kinabalu

Perkongsian menarik Puan Seri Nisa Bakri Menawan puncak Gunung Kinabalu 

Mendaki puncak Gunung Kinabalu antara impian ramai orang.Ramai yang bermimpi ingin sampai ke puncak namun tidak ramai yang berjaya menterjemahkan mimpi itu menjadi realiti dan kenyataan.



Berada di puncak dan melihat suatu pemandangan cukup indah yang sukar dilafazkan dengan kata-kata.Berasa diri cukup kerdil dan kagum dengan hasil karya Maha Pencipta.Menikmati alam yang cukup indah dan terasa bagaikan masuk ke dalam alam dunia lain .


Terasa diri bagaikan seekor semut kecil yang dikelilingi oleh batu besar bukit bukau gunung ganang seakan ia hidup dan memerhatikan kita. Demikianlah antara perasaan yang dialami oleh Puan Seri Nisa Bakri yang baru-baru ini (5-6 Februari) bersama NB Team seramai 6 orang telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu.


Pendakian ke Gunung Kinabalu ini cukup mencabar apatah lagi Puan Seri Nisa Bakri bukanlah seorang yang cukup aktif dalam pendakian. 

Walaupun dengan pengalaman pendakian yang terbatas namun dengan semangat juang yang cukup tinggi, pemikiran yang positif untuk mencapai mimpi agar menjadi kenyataan disamping kerjasama berpasukan akhirnya misi mendaki Gunung Kinabalu ini berjaya direalisasikan.




"Bagi Puan Seri Nisa Bakri ini merupakan kisah inspirasi dan bagaimana dengan pemikiran yang positif kita boleh mencapai apa jua yang kita impikan. Saya berjaya melaksanakan misi ini kerana saya dikelilingi oleh rakan sepasukan yang sentiasa berfikiran positif dan sangat penting kita memiliki rakan sebegini dalam kehidupan seharian kita”

Menceritakan pengalaman sewaktu tiba di puncak,beliau berkata beliau menangis sebak dan sentiasa terbayang wajah suami beliau iaitu Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin (Bekas Timbalan Ketua Polis Negara) lengkap dengan uniform sewaktu melangkah naik.


Tan Sri Bakri Zinin anak kelahiran Sabah yang sudah 7 kali mendaki Gunung Kinabalu merupakan insan utama yang mendorong beliau untuk mendaki Gunung Kinabalu.Suami kesayangan beliau inilah yang banyak memberikan semangat dan menyuntik kata-kata motivasi buat beliau untuk lebih percaya diri seterusnya yakin beliau mampu untuk mendaki Gunung Kinabalu walaupun bukan dari kalangan kelompok pendaki profesional sekalipun.


Pendakian ini kata beliau memerlukan kekuatan mental yang cukup kuat dan kumpulan sokongan yang sentiasa memberikan semangat untuk memastikan semua dapat tiba di puncak.


“Ia merupakan perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.Saya melihat diri sendiri saya di cermin pagi ini,saya tak boleh senyum,saya menangis dan terus menangis. Apakah benar saya melakukannya?Allah izinkan ,dan Allah yang memberi kekuatan dan pencapaian ini.Kejayaan saya dan kumpulan saya ini ada makna. Kami semua wanita dan kami lakukan ia bersama dengan penuh semangat berpasukan,kekuatan mental ,kuasa pemikiran yang kuat dan kesemuanya memberikan kekuatan kepada kami sehingga berjaya menyempurnakan misi pendakian ini”




”Saya hanya menangis dan menangis seperti seorang bayi,memang kita tak miliki apa-apa, ciptaan Tuhan begitu besar dan cukup indah, saya rasa kecil seperti semut dan rasa betapa kerdil nya kita.


Kejayaan dalam pendakian ke Gunung Kinabalu ini merupakan satu lagi pencapaian indah buat Puan Seri Nisa Bakri dan NB Team.




Selepas berjaya mencipta nama dalam dunia masakan dengan pelbagai menu istimewa atas nama “Nisabakri Gourmet “,aktif turun padang dalam pelbagai projek kebajikan dan kemanusiaan, serta misi pemerkasaan wanita,pendakian ke Gunung Kinabalu ini menjadi satu lagi sejarah manis buat Puan Seri Nisa Bakri dan NB Team.

Diharapkan lebih ramai yang mendapat inspirasi seterusnya berusaha untuk memastikan apa jua impian dan mimpi menjadi realiti.