Restoran Riverside Mengembalikan Nostalgia Berbuka Puasa di Desa (WTCKL) Dengan "Tema Aneka Selera Desa"
Ramadan adalah bulan yang dirindukan oleh setiap Muslim. Pada bulan inilah kesempatan diambil untuk beribadat dan berkumpul bersama keluarga, berbuka puasa bersama-sama. Apatah lagi selepas 2 tahun rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk berkumpul bersama akibat pandemik COVID-19.
Tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita bakal berpeluang untuk kembali berkumpul dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Tawaran istimewa sepanjang bulan yang mulia termasuklah tawaran baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopce, Lazada dan laman web Restoran Riverside.
Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM108.00 seorang bermula hari ini 2 Mac 2022 hingga 4 April 2022. Semua baucar yang dibeli adalah sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022
Pelanggan juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan jugak Terawih berjemaah di Surau ArRahman yang terletak di Aras 3. Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial.
WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang dan ke atas. Jamuan persendirian ini akan ditempatkan di pelbagai ruang atau bilik di WICKL untuk majlis makan yang lebih peribadi dan mesra bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan.
Tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita bakal berpeluang untuk kembali berkumpul dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Restoran Riverside yang berada di WTCKL kembali mengundang pengunjungnya mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet mengandungi lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan ‘Aneka Selera Desa’.
Bufet Ramadan “Aneka Selera Desa” akan dianjurkan di Legar bermula dari 5 April 2022 hingga 29 April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam. Bufet ini berharga RM128.00 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7 - 12 tahun) dan warga emas berharga RM75.00 seorang.
Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM108.00 seorang bermula hari ini 2 Mac 2022 hingga 4 April 2022. Semua baucar yang dibeli adalah sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022
Selain itu, anda boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter dan cedok sebarang hidangan kegemaran anda dan meja bufet untuk dibawa pulang.
Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm. Terdapat dalam pelbagai-corak, anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik.
Mangkuk tingkat dijual pada harga RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm. Terdapat dalam pelbagai-corak, anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik.
WTCKL juga menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148.00 seorang untuk tempahan minimum 100 orang dan ke atas. Jamuan persendirian ini akan ditempatkan di pelbagai ruang atau bilik di WICKL untuk majlis makan yang lebih peribadi dan mesra bersama keluarga, rakan atau rakan perniagaan.
Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas, surau khas untuk solat Maghrib, Isya' dan Tarawih serta kadar parkir berharga RM5.00 mulai jam 6.00 petang dan seterusnya.
Barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan pilihan menu istimewa dengan 5 giliran berbeza setiap minggu. Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik desa, antaranya seperti Ikan Patin Goreng Sambal Hyau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas and Kambing Goreng Berempah turut tersedia.
Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional seperti Daun Ceylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Terung Pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, 7 jenis kerabu, tapai, Laksa, Mee Kari, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang pasti membuatkan anda kenyang sepanjang malam.
Salah satu menu kegemaran tetamu kami setiap tahun ialah 'Kambing Golek”. Kami menghidangkan seekor kambing setiap hari yang dibakar dengan lada hitam dan sos cendawan pastinya bakal membangkitkan selera tetamu kami.
Untuk maklumat lanjut tentang bufet atau untuk membuat tempahan, anda boleh membuat pembelian secara atas talian di http://www.riverside.wtckl.com atau terus menghubungi Restoran Riverside di 03-2614 6701 / 6702 atau melalui WhatsApp di 019 - 2678960 .
Laman media sosial.
Instagram: @worldtradecentrekualalumpur & @riversidewtckl
Facebook: @WorldTradeCentreKualaLumpur

Tahun ini, kami bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai Nasi Kandar yang terkenal di Kuala Lumpur. Penggemar Nasi Kandar akan berpeluang merasai ‘Ayam Goreng Saddam’, sajian kegemaran warga Kuala Lumpur dengan rasa rangup di luar, lembut di dalam. Setiap kuah kandarnya kaya dengan pelbagai perisa, dari manis hingga pedas. Sepinggan nasi kandar mungkin tidak mencukupi.