Shopee: Rakyat Malaysia mengambil penjagaan diri dengan lebih serius
Rakyat Malaysia mengambil penjagaan diri dengan lebih serius.
Kesejahteraan fizikal dan persekitaran menjadi tumpuan utama menjelang 3.15 Hari Pelanggan.
Data Shopee Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini lebih menyesuaikan diri untuk merasakan kegembiraan dan menunjukkan penghargaan kepada diri mereka sendiri dalam dunia pasca pandemik.
Lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan keperluan penjagaan diri mereka di atas talian, berdasarkan data beli-belah yang diperhatikan oleh Shopee Malaysia. Sejak pandemik bermula, permintaan untuk produk yang membantu para pembeli meningkatkan kesejahteraan hidup mereka, memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri serta mengurangkan tekanan telah meningkat sebanyak 6 kali ganda di platform tersebut.
Bagi tahun 2021, Shopee mendapati bahawa kesejahteraan fizikal dan persekitaran berada di antara keperluan utama rakyat Malaysia apabila membeli-belah di atas talian. Khususnya, 42% daripada produk yang dibeli tertumpu pada kesihatan fizikal, 26% pada kesejahteraan persekitaran, 25% pada kesejahteraan sosial, dengan selebihnya untuk kesejahteraan psikologi dan rohani.
Rakyat Malaysia meletakkan kesejahteraan fizikal sebagai keutamaan mereka. Berbanding tahun 2019, rakyat Malaysia menunjukkan minat yang lebih sebanyak 6 kali ganda untuk membeli barangan yang berkaitan dengan pemakanan sihat, senaman, dandanan diri, dan kebersihan diri.
Kesejahteraan fizikal dan persekitaran menjadi tumpuan utama menjelang 3.15 Hari Pelanggan.
Lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan keperluan penjagaan diri mereka di atas talian, berdasarkan data beli-belah yang diperhatikan oleh Shopee Malaysia. Sejak pandemik bermula, permintaan untuk produk yang membantu para pembeli meningkatkan kesejahteraan hidup mereka, memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri serta mengurangkan tekanan telah meningkat sebanyak 6 kali ganda di platform tersebut.
Bagi tahun 2021, Shopee mendapati bahawa kesejahteraan fizikal dan persekitaran berada di antara keperluan utama rakyat Malaysia apabila membeli-belah di atas talian. Khususnya, 42% daripada produk yang dibeli tertumpu pada kesihatan fizikal, 26% pada kesejahteraan persekitaran, 25% pada kesejahteraan sosial, dengan selebihnya untuk kesejahteraan psikologi dan rohani.
“Hasil daripada data ini menunjukkan bagaimana cara yang digemari rakyat Malaysia untuk menjaga kesejahteraan mereka telah berkembang sejak dua tahun lepas, menandakan peningkatan peluang baharu bagi aspek penemuan diri dan pertumbuhan peribadi. Kami berbesar hati kerana dapat menyokong rakyat Malaysia di setiap langkah, demi membantu mereka menemui apa yang mereka perlukan,” kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.
Barangan dandanan diri adalah subkategori paling popular untuk penjagaan diri secara fizikal, dengan kira-kira satu pertiga daripadanya terdiri daripada produk penjagaan kulit seperti topeng muka, skrub muka, alat solek, minyak muka, pati dan serum.
Rakyat Malaysia didapati lebih mengutamakan penjagaan diri dari segi persekitaran dengan mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat. Ini kerana permintaan untuk pembaikan, hiasan dan organisasi rumah meningkat sebanyak 10 kali ganda dalam tempoh dua tahun lepas di pasaran Shopee sejak tahun 2019.

Contohnya termasuk bekalan DIY, wangian dan lilin, bunga dan tumbuhan tiruan, kertas dinding dan hiasan seni dinding, rak, pengatur meja dan bakul simpanan. Data ini mungkin tidak mengejutkan kerana ramai yang harus menilai semula ruang kediaman mereka, jika mereka menghabiskan lebih banyak masa bekerja dan belajar di rumah, atau mempunyai hobi yang dilakukan di dalam rumah.
Melihat pada trend pertumbuhan kesejahteraan sosial, permintaan oleh rakyat Malaysia meningkat 5 kali ganda bagi produk untuk mendidik atau mengasuh bayi serta memelihara haiwan peliharaan dalam tempoh 2 tahun lepas.

Barangan yang dijual yang berkaitan dengan bekalan haiwan peliharaan meningkat paling cepat dalam kategori ini. Barangan mainan, dandanan, fesyen, rumah serta aksesori untuk haiwan peliharaan meningkat 13 kali ganda dari tahun 2019 hingga tahun 2021.
Shopee turut menyaksikan rakyat Malaysia semakin berminat untuk mempelajari kemahiran baharu dan memupuk hobi seperti membaca, menulis jurnal, bermain permainan berpapan dan bermain alat muzik, yang memberikan sejenis detoks digital dan menggalakkan penjagaan diri dari aspek psikologi yang lebih baik. Barangan yang dijual berkaitan hobi-hobi ini telah meningkat sebanyak 6 kali ganda dalam tempoh dua tahun lepas.
Rakyat Malaysia juga melakukan penjagaan diri di luar talian, menggunakan pembayaran digital. Untuk keseluruhan tahun 2021 berbanding tahun 2019 sebelum munculnya wabak Covid-19, bagi penggunaan ShopeePay, dompet mudah alih bersepadu Shopee, dalam kategori penjagaan diri, pesanan meningkat paling banyak bagi produk-produk sukan dan aktiviti luar, permainan, buku dan hobi, serta kesihatan dan kecantikan. Peningkatan tertinggi adalah untuk produk-produk permainan, buku dan hobi, dengan kenaikan penggunaan dicatat sebanyak 60 kali ganda.