Terkini | New

Bufet Ramadan Hotel Tenera bertemakan ‘Balik Kampung’.

Hotel Tenera kini menawarkan kepelbagaian menu bufet Ramadan bertemakan Balik Kampung bermula pada 4 hingga 30 April 2022. Seperti biasa, menu bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga.
 

Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.


Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan kerana terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Utara, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Daging Tetel Gulai Rebung, Sambal Udang Petai Siseh, Sotong Goreng Percik, Udang Kelapa Parut, Ayam Ungkep, Ikan Talang Gulai Nenas dan lain-lain lagi.  
 


Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala  Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi. 
 


Selain itu, antara  lain 100 menu hidangan bertemakan Balik Kampung hasil air tangan eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul ini turut disediakan adalah Ayam Hot Peri-Peri ‘Yaribaaa’, Seafood Goreng ‘KAVA’, Pasta World, Seoul Seoul Hot Noodle, Gerai Roti Didi And Pren, Picolomondo Pizza, Yong Tau Foo dan Sup Gear Box Kampung Utara. 
 


Tidak dilupakan juga  Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, Goreng-Goreng Mak Tom, Abe Keropok, aneka mi goreng dan roti serta banyak lagi. Kepada peminat masakan Cina, hidangan istimewa Dim Sum Bunga yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas. 
 


Tema Balik kampung kali ini juga turut menghidangkan aneka pencuci mulut seperti Cendol Sawit Tok Ram, Apam Balik Moden, Kuih Serabai, Tepung Pelita, Talam Keladi, Bubur Semanis Awak, Bakar Bijan, serta pelbagai jenis aiskrim. 



Sungguh ‘mewah’ aneka juadah yang disajikan namun harganya tetap berpatutan. Bufet Ramadan 2022 bertemakan Balik Kampung di Grand Ballroom Hotel Tenera ini menawarkan harga RM118 seorang.  
 


Istimewa Ramadan kali ini, Hotel Tenera telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu Pes Masakan. Pes masakan ini terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis. 

Semua pes ini digunakan dalam hidangan masakan Bufet Ramadan pada tahun ini. Sepanjang Ramadan ini, kami menawarkan harga istimewa potongan 10% diskaun untuk setiap pembelian Pes Kombo yang harga asalnya RM35. 
 


Selain itu, Hotel Tenera juga menawarkan Pakej ‘Ramadan Stay And Dine’ di sepanjang Bulan Ramadan ini. Pakej ini meliputi penginapan bilik berserta Bufet Ramadan dan sahur untuk 2 orang. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media mereka di https://www.facebook.com/hoteltenerabangi atau hubungai talian 03-89299600 atau whatsapp 0193854796/019-3592796.