Terkini | New

REWANG IFTAR BERSAMA DR. FITRI HARIS DAN BUKU JALANAN CHOW KIT

Sebuah program yang dinamakan sebagai Rewang Iftar bersama Dr. Fitri Haris dan Buku Jalanan Chow Kit telah pun dilaksanakan melalui kerjasama di antara PhilMac Plus, PhilCare dan Buku Jalanan Chow Kit sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.


Program ini bertujuan untuk menyantuni golongan rentan dengan menjalankan aktiviti gotong-royong memasak dan pengagihan makanan kepada 65 buah keluarga yang telah berdaftar di bawah komuniti Buku Jalanan Chow Kit. Inisiatif sosial seperti ini harus dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat agar golongan yang kurang berkemampuan dapat menikmati juadah yang istimewa.


Ianya secara tidak langsung dapat menggalakkan semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat setempat malah turut dapat membantu memurnikan ikatan silaturahim tanpa mengira status sosial dan ekonomi.

Selain usaha merapatkan ukhwah melalui aktivit-aktiviti yang dijalankan bersama seperti gotong-royong memasak, program turut mengambil peluang mendekati golongan muda melalui aktiviti Jalinan Kasih bersama anak-anak komuniti Buku Jalanan Chow Kit.

Program ini turut disertai oleh Dr. Fitri Haris yang merupakan pengasas bersama PhilMac Plus. Beliau merasa sangat berbesar hati untuk bersama-sama turun padang dalam membantu penyediaan juadah berbuka untuk anak-anak serta komuniti setempat Buku Jalanan Chow Kit.


Pada masa yang sama, beliau turut mengambil peluang untuk meraikan anak-anak komuniti Buku Jalanan Chow Kit dengan menghadiahkan buku-buku bacaan Islami dan makanan nutrisi tambahan kepada anak-anak tersebut. Walaupun Malaysia kini telah berada di fasa endemik akibat wabak COVID-19 namun begitu, ianya telah menjadi satu kewajiban bagi kesemua masyarakat setempat untuk memastikan kesihatan dijaga di peringkat optimum.


Menurut Dr. Fitri Haris, beliau masyarakat harus bersama-sama dalam usaha memastikan anak-anak dari golongan rentan ini turut mendapat hak yang sama seperti anak-anak seusia mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka.


Nectar C merupakan makanan tambahan yang kaya dengan keperluan asas seperti serat dan vitamin A, D, E, K dan C yang baik untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak. Malah, kandungan 7 buah beri, buah delima dan prun juga sangat penting dalam membekalkan tenaga supaya mereka dapat kekal sihat, aktif dan cergas.


Ayuh bersama-sama Dr. Fitri Haris dalam misi memberikan nutrisi terbaik buat anak-anak kurang berkemampuan di Malaysia menerusi ‘Kempen Kita Kuat’. Moga melalui usaha murni ini dapat menarik minat lebih ramai masyarakat setempat untuk bersama-sama dalam membantu anak-anak golongan rentan ini untuk merasai hak nutrisi yang sama seperti kanak-kanak lain.