Terkini | New

WTCKL MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN CAHAYA KASIH

Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang membawa seribu makna bagi setiap umat Islam. Keindahan bulan ini terpancar melalui keghairahan masyarakat yang berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan dan santunan terhadap golongan kurang berkemampuan di kalangan kita.

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) turut merebut peluang meraikan kedatangan bulan yang mulia dengan menyantuni 30 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih. Pertubuhan kebajikan ini merupakan pusat jagaan bagi anak yatim, anak asnaf, fakir miskin dan keluarga yang kurang berkemampuan.


Dato' Seri Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL.

Di samping menghimpun rasa syukur, WTCKL berbesar hati untuk membuka ruang kepada anak-anak yatim dan berkongsi pengalaman merasai pelbagai juadah enak di Majlis Berbuka Puasa Jalinan Iftar.

Tampil lebih bermakna, majlis ini turut disertai oleh barisan artis tanah air seperti Asmidar, Sixth Sense, Nasz Sally, Kumpulan Inteam, Mei Fen Lim, Farah Ahmad, Faez Malek, Izmir Fareez dan lain-lain lagi.





Sokongan dan kehadiran pelbagai kaum menunjukkan program amal ini tidak hanya khusus sebagai tuntutan agama malah bertujuan untuk mempererat jalinan ukhwah sekaligus membentuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membangkitkan keterujaan kepada golongan kurang bernasib baik meraikan Ramadan Mubarak.
 



Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengurusan WTCKL begitu komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan puasa. Selain menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada fakir miskin dan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.



Pihak WTCKL juga bekerjasama secara konsisten dengan beberapa buah rumah kebajikan lain dengan menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan bantuan wang tunai ke beberapa buah rumah penjagaan orang tua dan rumah anak yatim.


Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato' Seri Irmohizam Ibrahim berkata ““Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai murni yang cuba diterapkan oleh WTCKL. Sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun melalui sumbangan secara terus ke rumah kebajikan ataupun melalui tajaan majlis amal.”




Dengan pembukaan semula sempadan negara dan kemasukan pelancong serta pelabur kembali ke Malaysia khususnya bagi industri “business event”, kita berharap agar perniagaan kita akan bertambah berkembang maju supaya kita dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi pihak di masa hadapan” tambahnya lagi.

Untuk maklumat lajut sila layari laman web dan laman sosial mereka di 

Instagram: @worldtradecentrekualalumpur & @riversidewtckl
Facebook: @WorldTradeCentreKualaLumpur
Twitter: @wtcklofficial
LinkedIn: World Trade Centre Kuala Lumpur