‘ALAH BISA’ SATUKAN FAIZAL TAHIR & AMIRA OTHMAN

Penyanyi serta penggubah lagu multi-disiplin tersohor negara, aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir, dengan penyanyi, pelakon dan pengacara berimej ‘polos’, Amira Othman, ditemukan dalam sebuah single istimewa berentak pop rakyat ala Melayu yang diberi judul ‘Alah Bisa’ hasil kerjasama kreatif di antara label rakaman butik, Faithful Music, bersama-sama label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.
“Pada mulanya saya agak terkejut juga apabila diberitahu oleh pihak Rocketfuel tentang kolaborasi ini bersama abang Faizal Tahir kerana sebuah nama besar dalam industri muzik kita sudi mempelawa saya untuk bekerjasama secara duet dalam sebuah lagu.
“Alhamdulillah, saya anggap ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka, siapa yang tidak mahu berduet dengan beliau kerana abang Faizal Tahir merupakan salah satu pencetus inspirasi saya ketika berada di Akademi Fantasia pada tahun 2013,” jelas Amira dalam nada teruja.
Single Alah Bisa merupakan sebuah karya hasil ciptaan secara kolektif oleh Faizal Tahir sendiri, bersama-sama komposer berbakat seperti Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim dan Mage dari Faithful Publishing.
Jika pendengar selami maksudnya, single ini pada dasarnya kedengaran seperti pantun nasihat empat rangkap orang Melayu dulu-dulu dengan suku kata yang berima, menurut Faizal Tahir, “Dalam hidup ini kalau hendak berjaya perlu ada disiplin yang tinggi dan konsisten dalam apa jua yang dilakukan, dan tiada praktis lain mendisiplinkan diri yang lebih baik dari menjaga solat.
“In Shaa Allah kalau solat seseorang itu dijaga, kejayaan pasti diraih bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak, ternyata ianya bukan mudah bak pepatah Melayu ‘alah bisa tegal biasa’ yang bermaksud ‘perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu diamalkan’.
“Selain itu, lagu ini juga memberi mesej agar kita tidak sombong kerana tahap sombong yang paling tinggi dengan Allah adalah dengan tidak menjaga solat setelah apa yang dikurniakan oleh-Nya dalam kehidupan seharian. “Maka, jagalah solat dan jadilah Muslimin dan Muslimat yang sentiasa ber-Istiqomah.
Bagi Amira, proses rakaman single pada kali ini agak mencabar bagi dirinya kerana ia merupakan lagu duet dengan konsep berbeza yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.
“Saya memasuki Studio Faithful sebanyak dua kali, pertama untuk mendengar demo dan kemudiannya untuk proses rakaman yang memakan masa sekitar lima ke enam jam lamanya. Banyak yang saya pelajari dari abang Faizal Tahir ketika berada di studio, Glow Rush dan seluruh team sangat supportive dan senang bekerjasama dengan mereka,” tambah Amira lagi.
Single yang berkonsepkan pop Melayu dengan elemen lagu rakyat ini walaupun ada nilai tradisionalnya tetap diselitkan dengan muzik moden agar kedengaran segar dan lebih catchy buat pendengar, dan rata-rata lagu yang dihasilkan Faizal Tahir kebelakangan ini menjadi DNA-nya.
“It’s in my blood,” terang Faizal Tahir ringkas.
Bagi video muziknya (MV) pula, konsep drama pendek dengan elemen komedi menjadi intipati, jelas Faizal Tahir, “MV ini memaparkan watak saya sebagai bapa kepada Amira yang memberi pesan walau apa jua yang kita lakukan teruskanlah menjaga solat, kerana solat yang konsisten akan membawa kita kembali ke jalan yang lurus dan betul.
“Kita akan melalui zaman yang berbeza daripada ibu bapa dan anak-anak kita dengan pelbagai ragam manusia, janganlah kita sesekali menilai dan menjatuhkan hukuman berdasarkan zahirnya sahaja kerana kita tidak tahu cerita mereka terutamanya dari segi ibadah mereka.
Ulas Encik Erick Yew, selaku Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment Malaysia, “Sebuah penghormatan buat Rocketfuel apabila nama besar industri muzik Malaysia seperti Faizal Tahir sudi berkolaborasi dengan artis kami iaitu Amira Othman.
“Ini merupakan gabungan yang unik dan terbaik pernah kami hasilkan dan saya percaya lagu Alah Bisa ini mampu pergi jauh kerana mesej berguna yang disampaikannya dan menjadi siulan ramai.
Kata Amira mengakhiri perbualan, “Saya berharap agar lagu ini dapat diterima baik dan disukai ramai, dan saya juga berharap agar peminat terus menyokong kerjaya seni saya sampai bila-bila.
“Menurut kata-kata abang Faizal Tahir ‘hayatilah mesej yang disampaikan dalam Alah Bisa dan semoga dapat dihadam dengan baik’.
Lagu ‘Alah Bisa’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Faizal Tahir.
DUA PENYANYI BERBEZA GENERASI DIGABUNGKAN DALAM SEBUAH SINGLE POP RAKYAT YANG PADAT DENGAN NASIHAT BERMANFAAT.