Kali ini ingin kami berkongsi dengan anda salah satu lagi lokasi menarik untuk anda menikmati Pilihan Makanan Chinese Muslim friendly menarik dan sedap di Restoran In Colonial yang terletak di Kuala Lumpur yang menawarkan pilihan makanan citarasa makanan masyarakat cina.
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur jangan lupa singgah ke Restoran InColonial yang terletak di dalam Intermark Mall, Kuala Lumpur. Lokasi yang menarik, strategik dan kemudahan yang terbaik untuk anda membeli-belah juga.
Anda akan melihat sendiri dekorasi menarik yang berkonsepkan zaman kolonial suatu masa dahulu yang serba putih bersama beberapa bilik untuk menikmati bersama keluarga atau teman secara privasi yang cukup selesa. Sambil-sambil tu jangan lupa bergambar OOTD sekitar kawasannya yang terhias cantik.
Restoran In Colonial merupakan restoran chinese muslim friendly yang dijamin menggunakan 100% bahan halal dan paling penting setiap hidangan yang disediakan terus dari chef-chef yang hebat buatan tangan mereka sendiri yang segar dan ada yang diciptakannya sendiri.
Bantuan chef kedua yang memastikan pilihan dan RnD makan menikmati citarasa kesamaan rasanya dengan masakan cina asli. Chef Shamsul yang memiliki kemahiran makanan hotel berusaha keras bersama pasukan untuk mendapatkan rasa yang terbaik untuk makanan Chinese Muslim Friendly termasuklah penggunaan wok atau api besar ketika memasak,
Restoran In Colonial menawarkan pelbagai jenis hidangan masakan Cina Malaysia yang pastinya menarik untuk anda nikmati. Kami sempat juga menikmati hidangan terbaru Dim Sum dan beberapa menu menarik lagi. Semuanya terhidang panas-panas dengan seleksi pilihan makanan yang pasti menjadi kegemaran anda juga.
Spring Roll Chicken and Prawn
Fuchok Prawn Roll Dan Crispy Chicken Wantan
Beef Tripe
Chicken Siew Ma Dan Har Gao
BBQ Chicken with cheese Pao \ Custard Pao
BBQ Chicken with cheese Pao \ Custard Pao
Kuey Tiau with Beef HK Style
Porridge
Crispy Yee Mee w. Seafood
InColonel Abalone Fried Rice
Panfried Lotus Pancake
Pilihan minuman yang menarik dan pelbagai untuk anda nikmati termasuklah hidangan teh cina yang pelbagai. Pilihan saya adalah Honey Lemon yang cukup menarik dan sedap. Bagi mereka yang singgah boleh cuba setiap menu pilihan nanti.
Sambil-sambil tu anda boleh melihat gambar-gambar artis dan selebriti yang datang menikmati makanan di Restoran InColonial.
Bagi mereka yang tak sabar-sabar nak menikmati bersama, jangan lupa menggunakan kod Promo : InCoDboy dan berpeluang mendapat potongan sebanyak 10%.
Jom kita singgah ramai-ramai dan untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan laman sosial media mereka di :
Laman web :
http://www.incolonial.com.my/
In Colonial Restaurant
Lot G13, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur
Tel : +6012 7849033