Samsung Galaxy A33 5G Tetap Menjadi Pilihan Terkini Hadir Dengan Empat Kamera Terbaik.
Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A33 5G yang menjadi pilihan dalam siri keluarga Galaxy A adalah barisan telefon pintar peringkat permulaan daripada Samsung yang memberikan kuasa, prestasi dan gaya pada harga yang berpatutan untuk semua.
Jom kita perkenalkan pilihan Samsung Galaxy A33 5G dahulu antara pilihan 5G terbaik di kalangan pelajar dan semua. Samsung Galaxy A33 5G menggabungkan kuasa pemprosesan 2 x ARM Cortex-A78 cores (2.4 GHz) & 6 x ARM Cortex-A55 cores (2.0 GHz) dengan sehingga 8GB RAM, penggunaan cip Samsung Exynos 1280 untuk prestasi yang cukup pantas dan ruang storage dalaman 128GB.
Kami sempat mengambil gambar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi memastikan gambar yang di ambil mempunyai kualiti yang terbaik dengan pemandangan indah tetap terhasil.
Ultra Wide 0.5x
Normal Photo 1x
Normal Photo 4x
Normal Photo 10x
Samsung Galaxy A33 5G turut membolehkan anda mengambil gambar dengan Kamera OIS (Optical Image Stabilization) 48MP dalam ratio 4:3 dengan saiz 8000 x 6000 yang pastinya terperinci dan gambar yang jelas.
Panorama 1x
Panorama 0.5x
Bagi peminat photography pula anda dapat menghasilkan pelbagai gambar dan video kreatif dalam mod Pro dan Pro Video di mana anda dapat melaraskan hasil anda dengan mod pro seperti kamera dlsr.
Screen capture mod Pro dan Pro Video sehingga bersaiz UHD 30 frame
Pilihan mod makro juga menarik perhatian dengan keperincian yang cukup jelas menghasilkan gambar yang menarik. Anda cuma perlu memilih mod macro dan mendekatkan kamera anda hampir dengan subjek tanpa perlu menambah cahaya yang berlebihan.
Mod Malam pula dipertingkat menjadikan gambar yang diambil di bawah pencahayaan malap kelihatan lebih terang melaraskan kadar bingkai video secara automatik untuk video yang jelas walaupun pada waktu malam. Hasilnya tetap cantik dan masih melihat lampu-lampu yang menyinari waktu malam.
Samsung Galaxy A33 5G dilengkapi dengan bateri berkuasa 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari. Sesuai untuk dimiliki bagi anda yang menjalani gaya hidup yang pantas dan aktif. Galaxy A33 5G semuanya kalis habuk dan air dengan penarafan IP67.
Pengalaman berkongi skrin melalui Smart View ke UHD Samsung Tv.
Penggunaan menghantar gambar dan video secara pantas melalui Quick Share dan Nearby Share pada Samsung Galaxy Tab A7 Lite yang lancar.
Pindahan melalui Nearby Share Dan Quick Share juga menjimatkan masa pindahan gambar kepada telefon pintar yang lain seperti tab kerja atau rakan-rakan anda. Semuanya bertambah mudah dan lebih pantas.
SPESIFIKASI PERANTI GALAXY A33 (5G)
Model: Samsung Galaxy A33 (5G)
Paparan: 6.4-inch Super AMOLED
– 90 Hz dynamic refresh rate
Pemproses: 2 x ARM Cortex-A78 cores (2.4 GHz) & 6 x ARM Cortex-A55 cores (2.0 GHz)
Cip: Samsung Exynos 1280
OS: One UI 4.1 (Android 12)
Kalis Air: Ya
RAM: 8GB RAM
Memori Dalaman: 128GB ROM
Kamera Utama: 48 MP OIS camera, f/1.8
8 MP ultra-wide camera, f/2.2
5 MP macro camera, f/2.4
2 MP depth camera, f/2.4
Kamera Depan: 13 MP camera, f/2.2
Bateri: 5,000 mAh Li-Po battery
Fast charging 25W | 25 watt wired charging
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Sistem Imbasan: Fingerprint, Yes, Under Display (side-mounted), accelerometer, gyro, compass
Harga Jualan: RM1,499 - 8GB RAM | 128GB
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A33 5G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a33-5g-awesome-blue-128gb-sm-a336elbhxme/
Paparan: 6.4-inch Super AMOLED
– 90 Hz dynamic refresh rate
Pemproses: 2 x ARM Cortex-A78 cores (2.4 GHz) & 6 x ARM Cortex-A55 cores (2.0 GHz)
Cip: Samsung Exynos 1280
OS: One UI 4.1 (Android 12)
Kalis Air: Ya
RAM: 8GB RAM
Memori Dalaman: 128GB ROM
Kamera Utama: 48 MP OIS camera, f/1.8
8 MP ultra-wide camera, f/2.2
5 MP macro camera, f/2.4
2 MP depth camera, f/2.4
Kamera Depan: 13 MP camera, f/2.2
Bateri: 5,000 mAh Li-Po battery
Fast charging 25W | 25 watt wired charging
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
Sistem Imbasan: Fingerprint, Yes, Under Display (side-mounted), accelerometer, gyro, compass
Warna Pilihan: Awesome Peach,awesome Blue, awesome White dan Awesome Black
Harga Jualan: RM1,499 - 8GB RAM | 128GB