AEON Melancarkan Kempen 100 Hari ' JIMAT POKET ' sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
AEON Melancarkan Kempen 100 Hari ' JIMAT POKET ' sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. AEON CO . ( M ) BHD mengumumkan inisiatif 100 - hari ' JIMAT POKET ' dengan kerjasama rakan - rakan niaga yang berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

JIMAT POKET menampilkan dua pakej ( bundle ) menarik yang terdiri daripada barangan keperluan seperti beras , minyak masak , mee , biskut , kopi , gula dan lain - lain untuk dipilih oleh para pelanggan. Bundle RM60 terdiri daripada 15 barangan komoditi manakala ' bundle ' RM100 mempunyai 18 barangan komoditi.


Shafie Shamsuddin , Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif AEON berkata , " Kami bersyukur kerana dapat memperkenalkan inisiatif JIMAT POKET ' dalam usaha memastikan harga barangan asas tidak melambung secara drastik dan memberi sedikit ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dengan landskap pasaran semasa . Melalui kolaborasi dengan rakan - rakan niaga , kami mahukan para pelanggan tahu bahawa kami peka dengan kegusaran mereka . Kami sentiasa mendengar dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan memandangkan keperluan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami.

Bertemakan ' Melahirkan Komuniti Mampan ' , tujuan persidangan tersebut adalah bagi mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pemegang taruh untuk berjaya di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu ( new retail ) . la juga untuk melahirkan komuniti yang mampan yang mampu menempuh cabaran yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik .
Datuk Iskandar Sarudin , Pengerusi AEON berkata , " Di AEON , kami sentiasa komited untuk menggerakkan inisiatif kemampanan kami ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh . Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan , tetapi juga melindungi alam sekitar , mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami , AEON People , serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya.


37 buah syarikat telah yang terdiri daripada rakan niaga Merchandise , Penyewa dan Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000 di dalam pelbagai kategori.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato ' Haji Rosol Wahid , Timbalan Menteri , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat . Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu - 8 dan 17. Fokus masing - masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari , menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua peringkat ; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk pembangunan mampan.