Nantikan Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu Akan Datang Di Pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai 2022
Pelakon, Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua, apatah lagi, masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.
Bagi Ashraf, apa yang lebih penting, lakonannya memberi impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.
“Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.
Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.
“Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda.
“Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan,” katanya.
“Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang.
“Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’, asalkan mahu belajar ilmu lakonan,” katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.
“Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini,” katanya.
Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.