NOIR Circle Meeting 2022 Dan Apresiasi Meraikan Kejayaan Usahawan NOIR Di The Ritz Carlton Kuala Lumpur .
NOIR CIRCLE MEETING 2022
Apresiasi Meraikan Kejayaan Usahawan NOIR The Ritz Carlton Kuala Lumpur .

Selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik , NOIR komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka . Noir Circle Meeting ( NCM ) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28hb & 29hb Jun 2022 merupakan langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn . Bhd .

NOIR Circle Meeting merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan oleh Madammu dan juga En . Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas . NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan , 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.


Dalam NCM 2022 kali ini , Madammu turut berkongsi nilai - nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave ( Berani ) , Energetic ( Bertenaga ) , Authentic ( Asli ) , Unshakeable ( Tidak Mudah Tergugat ) , Transformation ( Transformasi ) dan Empower ( Memperkasa ) . Nilai - nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited .


Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan , NCM kali ini juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR . NOIR amat berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian , mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru , rumah yang lebih selesa , pendapatan yang lumayan , dan sebagainya .


Untuk pengetahuan , NOIR Circle Meeting ( NCM ) merupakan program yang diadakan pada setiap 6 bulan setiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn . Bhd . khas untuk para leader NOIR dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya , Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu , selain kursus keusahawanan atas talian yang dijalankan secara konsisten .



Madammu komited untuk membantu para wanita yang mungkin berada di dalam kesempitan mahupun kesusahan dengan menyediakan satu platform keusahawanan yang telah terbukti berjaya . Sehingga ke hari ini , NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka . Ada ramai lagi perintis yang Madammu sedang gilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa sama seperti para usahawan yang hadir.



Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan - bahan premium halal , selamat dan semula jadi , NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya . Hasilnya , syarikat itu berjaya merangkul anugerah " Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik " dalam Asia Halal Brand Award ( AHBA ) 2019 .


Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan , jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam " Kategori Kesihatan & Kecantikan " satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit , kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi .

Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama NOIR di pasaran tempatan dan antarabangsa , NOIR telah dianugerahkan The BrandLaureate The World's BestBrands e - Branding Awards dalam kategori " Cosmetic and Skin Care Solution " pada Oktober 2020 .


Pada Mac 2022 , NOIR sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik yang menaja acara hiburan No. 1 di Malaysia , Anugerah Juara Lagu ke - 36 yang telah menyaksikan konsep persembahan , tatarias pentas dan busana yang sangat menarik.

NOIR Health & Beauty Sdn . Bhd ,Syarikat tempatan yang telah berjaya mengetengahkan produk berasaskan bahan - bahan premium halal, selamat dan semula jadi secara meluas ke seluruh negara . Ia turut melangkaui jenama tempatan lain yang telah bertapak lebih lama dalam pasaran dan berjaya menembusi industri kecantikan hingga luar negara seperti Indonesia , Singapura , Brunei , Australia dan juga Dubai . Sehingga ke hari ini , NOIR terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia .
Apresiasi Meraikan Kejayaan Usahawan NOIR The Ritz Carlton Kuala Lumpur .


NOIR Circle Meeting merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan oleh Madammu dan juga En . Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas . NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan , 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.




Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan , NCM kali ini juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR . NOIR amat berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian , mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru , rumah yang lebih selesa , pendapatan yang lumayan , dan sebagainya .





Madammu komited untuk membantu para wanita yang mungkin berada di dalam kesempitan mahupun kesusahan dengan menyediakan satu platform keusahawanan yang telah terbukti berjaya . Sehingga ke hari ini , NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka . Ada ramai lagi perintis yang Madammu sedang gilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa sama seperti para usahawan yang hadir.



Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan - bahan premium halal , selamat dan semula jadi , NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya . Hasilnya , syarikat itu berjaya merangkul anugerah " Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik " dalam Asia Halal Brand Award ( AHBA ) 2019 .

Turut disenaraikan sebagal Nona Top Beauty Entrepreneur 2020 , NOIR telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil . Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020 .



Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan , jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam " Kategori Kesihatan & Kecantikan " satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit , kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi .



Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial mereka di :
Laman web : https://www.noirbeautyworld.com/
Facebook : https://www.facebook.com/noirhealthbeauty/
Instagram : @noirhealthbeauty

NOIR Health & Beauty Sdn . Bhd ,