Terkini | New

Pembelian Menarik Pilihan Peminat Kereta Dan Motosikal di Auto Mall, Shopee

Ramai yang sudah menyedari tentang perkembangan yang dilalui oleh landskap e-dagang tempatan sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak bulan Januari 2020 hingga bulan Mac 2022.


Sementara itu, semakin ramai pembeli Malaysia membeli barangan di dalam talian untuk produk yang biasanya dibeli di kedai fizikal. Ini termasuk, antara lain, alat ganti dan aksesori kereta dan motosikal.


Jadi, apakah sebenarnya produk-produk yang banyak dibeli di dalam talian oleh peminat kereta dan motosikal?


Berikut merupakan antara barangan terlaris dari Januari 2022 hingga April 2022 di Auto Mall, sebuah pusat sehenti di Shopee untuk produk, pengetahuan, tawaran dan banyak lagi bertemakan automotif.


Pemegang kotak tisu untuk kereta - Jualan direkodkan meningkat lebih 3 kali ganda pada bulan April 2022 berbanding semasa Auto Mall diperkenalkan pada bulan November 2021

Maka tidak hairanlah jika kotak tisu adalah sesuatu yang biasanya terdapat di dalam kereta kita bagi menghindari masalah air tumpah atau sebagainya

Untuk kemudahan, ramai pemandu telah membeli pemegang kotak tisu untuk kereta di Shopee. Kereta kelihatan lebih kemas dan teratur. Lebih 79,000 unit produk ini telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022.


Minyak enjin - Lebih 69,000 unit dijual di Auto Mall dari bulan Januari 2022 hingga April 2022

Antara bahagian penting dalam memastikan enjin berjalan pada prestasi lancar ialah minyak enjin berkualiti tinggi yang mempunyai kuasa pembersihan yang baik. Para penunggang dan pemandu kini beralih kepada Shopee untuk mendapatkan keperluan perlindungan enjin mereka, dengan pelbagai jenama dan jenis minyak enjin ditawarkan di platform tersebut.

Bateri - Lebih 26,000 unit bateri telah dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini

Ia merupakan sesuatu peristiwa yang agak mengecewakan apabila kita gagal menghidupkan kereta atau motosikal akibat kehabisan kuasa bateri ketika sedang bergegas ke tempat kerja. Justeru, para pengguna Shopee berusaha untuk tidak terperangkap dalam situasi ini dengan membeli bateri premium yang tahan lama di platform tersebut.


Tayar motosikal - Lebih 19,000 unit tayar motosikal dijual di Auto Mall dari bulan Januari hingga April tahun ini

Barang yang agak berat seperti tayar biasanya dibeli di kedai tayar fizikal. Bagaimanapun, peningkatan populariti e-dagang telah mengubah pilihan pengguna, menyebabkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menikmati kemudahan membeli tayar motosikal secara dalam talian.

Maxxis dan Corsa merupakan contoh jenama-jenama popular, dengan wax silikon juga banyak dibeli oleh mereka yang berminat untuk memastikan tayar dan rim sentiasa berkilat di atas jalan.

Motosikal - Jualan yang direkodkan meningkat lebih dua kali ganda pada bulan April 2022 berbanding November 2021

Selain alat ganti dan aksesori, pembelian motosikal juga amat popular. Motosikal sememangnya berguna untuk melakukan perjalanan yang berdekatan dan melalui jalan-jalan bandar yang sempit. Lebih 900 unit motosikal telah dijual di Auto Mall dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2022.

Jenama motosikal popular di Shopee termasuk Yamaha, Modenas, Honda dan Vespa. Para pengguna mempunyai pilihan untuk membeli motosikal secara tunai atau dengan membayar yuran tempahan, kemudian membayar baki jumlah melalui pinjaman.

Di Auto Mall, selain produk-produk daripada jenama kereta dan motosikal yang dipercayai serta tawaran dan baucar eksklusif, pengguna Shopee turut boleh mendapatkan pelbagai maklumat berguna seperti petua tentang penjagaan tayar, harga minyak terkini dan artikel blog mengenai topik automotif.

Mengulas tentang bagaimana Auto Mall telah memacu perniagaan mereka, BateriHub menyatakan, “Sebelum ini, kami lebih tertumpu kepada kedai luar talian sebelum penularan Covid-19. Apabila kami memulakan perniagaan di Shopee pada akhir tahun 2020, kami telah mencapai jualan bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh setahun. 

Baru-baru ini, selepas menyertai Auto Mall, pendedahan kami bertambah baik. Bilangan pengunjung ke kedai dalam talian kami telah meningkat sebanyak 25 peratus dalam sebulan. Dengan Auto Mall, kami dapat menampilkan produk kami kepada kumpulan pembeli yang lebih khusus yang berkongsi minat yang sama dalam barangan automotif."

Guan Hoe Penang, yang mengendalikan Kedai Rasmi Yamaha di Shopee, dapat mempelbagaikan saluran perniagaan mereka melalui platform tersebut. “Pada tahun pertama, kami berjaya mencecah jualan melebihi RM500,000, dengan menjual motosikal, minyak motor, alat ganti dan peralatan menunggang. 

Sejak awal tahun 2022, kami menyertai Auto Mall yang telah membantu meningkatkan jualan bulanan kami sebanyak 30 peratus. Selain membantu kami mencapai trafik pengunjung yang lebih tinggi, Auto Mall turut membolehkan kami mempunyai sebuah laman khusus untuk mempamerkan tawaran terbaik.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://shopee.com.my/m/automall