SITI KHADIJAH JALIN KERJASAMA BERSAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tahniah buat Siti Khadijah yang telah bekerjasama bersama Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memelihara warisan budaya Melayu.
Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009. Perjalanan kejayaan ini pastinya didorong oleh Puan Padzilah Enda Sulaiman selaku pengasas setelah menyedari keperluan golongan wanita untuk mencari persalinan solat atau telekung yang selesa ketika itu.
Kini, dengan lebih 40 butik di seluruh negara serta di Indonesia, Siti Khadijah melangkah
setapak lagi kehadapan dengan satu kolaborasi baharu. Istimewa kali ini, Siti Khadijah tampil buat julung kalinya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu atau lebih dikenali sebagai ATMA dalam menghasilkan rekaan terbaharu.

Kerjasama yang diwujudkan ini bertujuan untuk mengetengahkan koleksi corak tradisional Melayu selain meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat untuk memelihara khazanah negara yang kian dilupakan.
Kolaborasi ini adalah langkah tepat dalam memastikan kelestarian corak tradisional Melayu agar
generasi baharu pada hari ini dapat mengenali tinggalan nenek moyang terdahulu yang bersejarah.
generasi baharu pada hari ini dapat mengenali tinggalan nenek moyang terdahulu yang bersejarah.
Tambahan pula, kerjasama ini diharapkan dapat menjadi penanda aras baharu dalam rekaan busana telekung yang berinspirasikan corak dan motif tradisional yang terdapat di ATMA selain meraikan kepelbagaian budaya khususnya budaya tamadun melayu yang pernah gemilang di mata dunia suatu ketika dahulu.
Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bersama Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul
Wahab Mohammad ( pengerusi UKM Technology Sdn Bhd ) & En Mohammad Munzir (Ketua
Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd) pada jam 10 pagi.
pasaran Siti Khadijah bermula bulan Januari 2023. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di:
Laman web : http://www.sitikhadijah.com/