Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit
Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja
Tip-tip daripada pakar industri
Para peserta bakal
mendengar perkongsian tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah jualan dengan
memanfaatkan ekosistem Shopee bagi memahami tingkah laku pengguna baharu. Ini
termasuk menggunakan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Feed yang
menghubungkan penjual dengan pengguna serta mewujudkan pengalaman membeli-belah
yang diperibadikan, menarik dan berunsur sosial.
Dengan peralihan
ekonomi kepada norma baharu, ia adalah penting untuk mengenal pasti tingkah
laku pengguna baharu agar dapat menggunakan strategi e-dagang yang sesuai.
Melalui bimbingan daripada penjual-penjual Shopee yang berpengalaman, para
peserta akan dapat membuat persediaan yang sepenuhnya sambil berusaha
mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.
Dalami ilmu yang bermanfaat untuk berkembang dalam talian
Leon Wong yang
menghadiri Shopee Seller Summit sejak
tahun 2020 berkata acara tersebut amat bermanfaat untuk para penjual, “Saya
mengesyorkan setiap penjual untuk menyertai Shopee
Seller Summit yang akan datang untuk terus maju ke hadapan.”
Sehrish Kamran yang
merancang untuk menyertai acara tersebut sekali lagi tahun ini, menekankan
bahawa pengalaman utamanya daripada acara sebelumnya adalah mendengar
pengalaman daripada penjual-penjual lain seperti ShopeeXperts. “Mendengar
perkongsian mereka tentang bagaimana mereka mengembangkan perniagaan daripada
hanya seorang kepada sebuah perniagaan sepenuh masa adalah sesuatu yang
benar-benar memberi motivasi serta inspirasi kepada saya. Saya pasti akan
menyertai lagi tahun ini terutamanya kerana kami dapat mengalaminya secara
bersemuka.”
Manfaat eksklusif untuk para peserta
Acara ini terbuka
kepada semua pemilik perniagaan termasuk PMKS, penjual sambilan dan lain-lain.
Para hadirin berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir
Tahun Shopee dan tawaran khas hanya untuk para peserta sahaja. Semua peserta
juga akan menerima sijil kehadiran digital selepas acara tersebut.
Tiket-tiket bagi
sesi dalam talian masih boleh didapati dengan harga RM25 setiap satu.
Penjual-penjual Shopee yang sedia ada layak mendapat RM50 dalam kredit
pengiklanan untuk setiap pembelian tiket dan hingga RM100 untuk dituntut bagi
pembelian lebih daripada satu tiket (tertakluk pada terma dan syarat).
Rebut peluang ini untuk berkembang bersama Shopee!
Berasaskan misi Shopee untuk memanfaatkan komuniti tempatan menerusi teknologi, Shopee Seller Summit 2022 bakal mewujudkan peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. Jualan tiket akan tamat pada 3 Jun 2022. Layari halaman Shopee Seller Summit untuk maklumat lanjut.