Marrybrown Perkenalkan Menu Terbaru Oishii Jepun Terbaru Dan Padu!
Okyaku-sama konnichiwa! Jom kali ini ingin berkongsikan dengan anda semua dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown ke Jepun. Memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda.
Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos. Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan "something different". Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan.
Kombo 2 ketul Ayam Oishii yang diiringi potato wedges dan Sakura Fizz, yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50.
Mereka yang ingin mencuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90.
Sebagai alternatif,
para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang
didatangkan dengan Burger Oishii, potato
wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.
Anda tidak pasti hidangan yang mana satu? Jangan
risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang
didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:
Laman web: https://marrybrown.com/Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/