Terkini | New

encoriumⓇ nekad mengatasi masalah utama kulit masyarakat tempatan dengan rumusan Vitamin C dan Tokotrienols

encoriumⓇ nekad mengatasi masalah utama kulit masyarakat tempatan dengan rumusan Vitamin C dan Tokotrienols.

Tocotrienols dari Malaysia 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa untuk
mempertingkatkan prestasi Vitamin C dalam menyelesaikan masalah hiperpigmentasi


Hiperpigmentasi (noda-noda hitam di kulit) adalah masalah utama di kalangan pengguna penjagaan kulit Malaysia. Menurut encoriumⓇ jenama penjagaan kulit tempatan baharu, tokotrienol, vitamin E yang diperoleh daripada sawit merah dari Malaysia lebih berkesan daripada vitamin E konvensional, tokoferol sebagai bahan penggalak asid L-askorbik (vitamin C) dalam merawat masalah hiperpigmentasi.



encoriumⓇ melancarkan produk pertamanya CE3 Brightening Buffet pada hari Sabtu. Serum yang dirumus dengan rapi itu diperbuat dengan pelbagai bahan aktif termasuk 18 peratus asid L-askorbik (Vitamin C), tokotrienol, tokoferol dan asid ferulik.


Pengasas jenama encoriumⓇ
Cynthia Lee berkata bahawa penguji-penguji produk jenama tersebut melaporkan penampilan kulit yang lebih berseri dan pemudaran noda-noda hitam dengan kadar yang lebih pantas dengan formulasi ini berbanding dengan serum vitamin C biasa.


“Pada tahun lepas, kami menguji gabungan formulasi ini ke atas lebih 500 pengguna penjagaan kulit di Malaysia dan lebih 80 peratus mendapati bahawa kulit mereka nampak lebih berseri selepas 14 hari," katanya.


Ditanya mengapa jenama tersebut memilih untuk melancarkan serum pencerah terlebih dahulu, Lee berkata tinjauan dengan kumpulan penguji menunjukkan bahawa 63.6 peratus pengguna penjagaan kulit sedang mencari penyelesaian untuk masalah hiperpigmentasi. Masalah kulit lain yang diketengahkan oleh responden berumur antara 21 dan lebih 55 tahun adalah kerutan halus (53.6 peratus) dan kekurangan hidrasi (50.8 peratus).

Menurut Lee, encoriumⓇ, berusaha membantu penggemar produk penjagaan kulit Malaysia dalam menangani tiga masalah kulit utama dengan rangkaian produk mereka bermula dengan CE3 Brightening Buffet.



Lee berkata, "Asid L-askorbik adalah bahan yang popular dalam merawat noda-noda hitam. Ia adalah salah satu bahan yang paling banyak diselidik oleh pakar-pakar kimia. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu bahan yang paling sukar untuk dirumus ke dalam produk kerana kepekaannya terhadap udara, air, haba dan cahaya, yang menyebabkan pengoksidaan yang menyebabkan kehilangan kesan dalam tempoh yang singkat.


"Sebagai penyelesaian dan meningkatkan keberkesanan asid L-askorbik ini, kami menggunakan Tokotrienol," katanya sambil menambah bahawa para penyelidikan keatas tokotrienol menunjukkan bahawa Vitamin E jenis ini 60 kali lebih cekap berbanding vitamin E konvensional, Tocoferol.



Dengan formulasi ini, Lee berkata bahawa jenama itu telah berjaya memperlahankan proses pengoksidaan vitamin C sekurang-kurangnya dua kali ganda. Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/encorium.my/