MALAM PENUH NOSTALGIA DI ‘BUNKFACE! 15 YEARS OF KORANG’
MALAM PENUH NOSTALGIA DI ‘BUNKFACE! 15 YEARS OF KORANG’.
Band Rock Punk No. 1 Negara Gegarkan Dewan Konsert Zepp Kuala Lumpur Selama Dua Hari Berturut-turut.
Gempak, luar biasa dan melangkaui jangkaan! Berikut di antara komen yang dilontarkan kepada band rock punk terunggul negara, Bunkface sewaktu di konsert ‘Bunkface! 15 Years of Korang’ bertempat di dewan konsert serba baharu, Zepp Kuala Lumpur, pada 30 dan 31 Julai baharu-baharu ini.
“Hanya satu perkataan, gempakmagis! Begitulah atmosfera yang dirasai pada malam pertama Bunkface beraksi di pentas Zepp KL, kami tidak menyangka turnout yang begitu ramai sehingga tiket habis dijual pada kedua-dua hari persembahannya,” jelas Farizz, selaku pengurus Bunkface.
“Kebanyakan mereka mengatakan malam tersebut sukar untuk dilupakan dan merupakan salah satu malam terbaik yang pernah mereka alami,” kongsi Sam, vokalis utama dan gitaris Bunkface. Sewaktu berlangsungnya konsert, hampir 29 buah lagu kesemuanya yang dipersembahkan seperti single baharu I Miss You, Korang, Situasi, Malam Ini Kita Punya, Revolusi dan lain-lain.
“Di antara gimik yang kami tonjolkan pada malam konsert adalah penampilan van asal yang menjadi simbolik bersejarah kepada Bunkface, bagaimana kami bermula dengan hanya mencipta lagu di dalam van tersebut dan membuat gig di sana-sini dengan menaiki van itu juga.
“Ini adalah permulaan yang baik bagi kami kerana selepas ini kami sedang merencanakan untuk mengadakan persembahan di negara seberang, Indonesia, selain single Bahasa Melayu dan Inggeris yang bakal keluar dalam tahun ini juga, serta album studio ke-5 yang bakal disiapkan,” jelas Youk, basis Bunkface.
Menurut Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas, Hitman Solutions, selaku rakan penganjur, “Sangat luar biasa dan melangkaui jangkaan, kerana kami tidak menyangkakan respon yang begitu baik dari pengunjung konsert.
“Ternyata rakyat Malaysia dahagakan hiburan berbentuk fizikal seperti konsert yang tidak dapat dijalankan selama 2 tahun dek kerana pandemik COVID-19, dan kini-lah masanya untuk kita kembali berhibur seperti sedia kala, namun apa yang pasti tetap dengan penjagaan SOP.
Terima kasih kepada kesemua yang terlibat terutamanya Tourism Malaysia di bawah program Cuti-cuti Malaysia, badan kerajaan, PENJANA, MyCreative Ventures, Waka, dan penaja utama iaitu syarikat dagangan OctaFX, serta rakan radio rasmi, Hot FM dan Fly FM.

Malam 30 dan 31 Julai menjadi saksi band rock punk yang dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan Biak menggegarkan dewan konsert Zepp Kuala Lumpur dengan aksi yang bertenaga dan memukau, yang disaksikan peminat tegar Bunkface sejak penubuhan mereka kira-kira 15 tahun yang lalu.
“Rata-rata pengunjung yang hadir menyaksikan konsert adalah dari generasi baharu dalam lingkungan umur 21 tahun dan ke atas, yang mula mengenali kami seawal umur 12 tahun. Ramai juga yang merupakan first-timer yang hadir ke konsert sebegitu dengan respon positif.