Terkini | New

Kempen ‘The Golden Ticket’ kini kembali di Suria KLCC dengan ganjaran sehingga RM500,000 untuk dimenangi.

Kempen ‘The Golden Ticket’ kini kembali di Suria KLCC dengan ganjaran sehingga RM500,000 untuk dimenangi! Berbelanja dan anda berpeluang membawa pulang RM5,000.

Dua baucar beli-belah berjumlah RM 5,000 akan diberikan setiap hari di Suria KLCC sebagai sebahagian daripada Kempen “The Golden Ticket” dari sekarang hingga 18 September 2022.


Bermula dari sekarang sehingga 18 September 2022, dua baucar beli-belah bernilai RM 5,000 akan di berikan setiap hari sepanjang tempoh Kempen ‘The Golden Ticket’ di Suria KLCC. Kempen ‘The Golden Ticket’ kembali ke Suria KLCC untuk kali yang ketiga lanjutan dari sambutan hebat pada tahun 2020 dan 2021. 

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk membawa pulang tiket emas bernilai RM5,000. Sebanyak 100 kotak misteri akan ‘dihidangkan’ di Centre Court yang mana di dalam salah satu kotak tersebut, terdapat sekeping ‘Golden Ticket’. Yang lebih menarik mengenai kempen cabutan bertuah ini, pelanggan yang tidak bertuah untuk memenangi ‘Golden Ticket’ pasti akan menerima ganjaran ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50 yang akan di jumpai di dalam setiap kotak..

Para pemenang ‘Golden Ticket’ juga akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman “The Wall of Winners”. Gambar dan video pemenang yang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang berlokasi di Centre Court. 

Dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan yang mana cabutan pertama akan di adakan pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang manakala sesi cabutan kedua akan berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam.


100 tiket yang baru akan di tambah pada setiap sesi untuk direbut. Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya. Setiap pelanggan dibenarkan untuk menyertai sesi cabutan ‘Golden Ticket’ terhad untuk satu kali setiap hari. Sesi cabutan tersebut hanya sah diadakan pada hari resit pembelian. 

Dalam usaha mempromosikan kempen ini, ‘mobile truck’ Suria KLCC yang dihiasi tema ‘Golden Ticket’ telah berarak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memeriahkan sambutan kempen dan bertujuan sebagai pratonton terhadap peluang keemasan yang menanti para pelanggan Suria KLCC. Di samping itu, Kotak Misteri juga disediakan semasa Kempen ‘Golden Ticket’ Bergerak Mini ini yang mana setiap kotak mengandungi ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM10 dan juga ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM50.


“Kami amat berbesar hati untuk kembali dengan Kempan ‘The Golden Ticket’ pada tahun ini melihat pada sambutan yang sangat hebat pada tahun-tahun yang lepas daripada pelanggan setia kami. Kempen ini dilihat menerima penghargaan yang tinggi apabila kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa peluang sebentuk ganjaran”

“Dengan kelangsungan pandemik yang semakin dalam kawalan, kami berharap agar inisiatif ini memberi impak yang positif untuk para peruncit di Suria KLCC dan secara tidak langsung membantu peningkatan ekonomi negara menginjak akhir tahun 2022” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.

Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd 
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kakitangan kami yang ramah di kaunter pertanyaan setiap pusat membeli-belah atau layari:

Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my
Alamanda Shopping Centre (Putrajaya) – www.alamanda.com.my
Mesra Mall (Kerteh) - www.mesramall.com.my