Terkini | New

MILO Menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia dengan Acara Finale #MalaysiaBolehBersamaMILO

Kempen bulan kebangsaan anjuran MILO®, #MalaysiaBolehBersamaMILO tiba ke kemuncaknya pada Hari Malaysia di Dataran Merdeka yang bertukar menjadi ‘lautan’ hijau apabila dibanjiri lebih 20,000 rakyat Malaysia yang menyertai sambutan Hari Malaysia yang paling bertenaga. 


Bermula hujung Ogos lalu, kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah menyatupadukan rakyat Malaysia di seluruh negara dengan siri jelajah van MILO® ikonik untuk meraikan semangat perpaduan dan memupuk kecekalan yang disemarakkan oleh tenaga MILO®.


Larian Malaysia Boleh Bersama MILO® yang cukup bertenaga telah membuka tirai acara finale. Upacara pelepasan telah disempurnakan oleh Datuk Rashid Sidek, legenda badminton negara dan duta MILO® HI-FIBRE yang hadir untuk menyuntik inspirasi agar berani terus melangkah, seperti diri beliau sendiri dengan tenaga MILO® setiap hari.



Acara turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang bertenaga lagi menyeronokkan, selari dengan usaha berterusan MILO® untuk menerajui gaya hidup aktif rakyat Malaysia dari semua peringkat umur – antaranya, senamrobik, senaman Zumba dan sesi surf skate (papan luncur) yang menampilkan platform ombak mudah alih yang pertama di Malaysia.


Melangkah lebih jauh untuk membangkitkan semangat juara dalam diri semua, MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO® - Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac and Jestinna Kuan pada acara tersebut. Lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.



“Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO sehingga menjadikan acara kemuncak ini sambutan Hari Malaysia yang terbesar dan paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah penganjuran kami. Sebagai jenama yang telah berkembang bersama negara dan dekat di hati jutaan rakyat selama lebih 70 tahun, 

kami akan terus membekalkan tenaga kepada rakyat dengan kebaikan khasiat MILO® untuk bertahun-tahun lagi lamanya. Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara dan mendorong rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka, tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.


#MalaysiaBolehBersamaMILO meraikan semangat kecekalan rakyat Malaysia seperti yang terungkap dalam sorakan ‘Malaysia Boleh’ yang diilhamkan oleh MILO® sempena Sukan SEA 1993. Slogan asal MILO® itu kemudiannya telah berkembang menjadi laungan harapan rakyat yang membakar semangat juara takkan gentar untuk mencapai kejayaan.


Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO ini turut mencapai sasaran dari segi menyatupadukan rakyat dengan inspirasi untuk melangkah jauh berbekalkan kebaikan tenaga MILO®. Lebih 200,000 cawan minuman MILO® percuma telah diagihkan melalui Jelajah Perpaduan Van MILO® serta ditebus dengan tempahan set hidangan di mana-mana lapan restoran rangkaian merentasi 1,400 cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.


Menutup tirai kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO dengan lebih bertenaga lagi, pada malam Hari Malaysia, MILO® akan ‘menakluki’ salah satu mercu tanda ikonik ibu kota, Menara TS Law. Bangunan pencakar langit itu akan ‘bermandi’ cahaya hijau ikonik MILO® yang melambangkan matlamat jenama itu untuk membekalkan tenaga dan menyuntik inspirasi agar rakyat Malaysia melangkah lebih jauh dengan kebaikan khasiat MILO®.

Untuk sorotan aktiviti-aktiviti kempen, ikuti MILO® Malaysia dan #MalaysiaBolehBersamaMILO di media sosial atau layari www.milo.com.my.