Qatar Airways Mendekatkan Peminat dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ di Kuala Lumpur Melalui Program Pop-Up Interaktif
Qatar Airways Mendekatkan Peminat dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ di Kuala Lumpur Melalui Program Pop-Up Interaktif
Program Pop-Up ini akan berada di Pavilion KL dari 2 hingga 4 September 2022, Para peminat yang turut serta mempunyai peluang untuk memenangi pakej lawatan berserta tiket perlawanan ke Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ daripada Qatar Airways
Menjelang Piala Dunia FIFA Qatar 2022™, Qatar Airways membawakan keterujaan pertandingan yang berprestij ini kepada para peminat bola sepak di Kuala Lumpur, Malaysia melalui sebuah program pop-up interaktif, dari 2 hingga 4 September 2022.
Program pop-up tersebut akan diadakan di Pavilion KL dengan aktiviti interaktif, di mana para peminat berpeluang untuk bersaing dengan pemain bola sepak bertaraf dunia dari Brazil, Neymar Jr. bagi menguji kemahiran mereka, di samping menyingkap sejarah negara Qatar dan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ dengan lebih lanjut.
Peminat juga boleh berkongsi pengalaman mereka di program pop-up ini di media sosial dan mereka akan berpeluang untuk memenangi pakej lawatan ke Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ yang turut bersertakan tiket-tiket perlawanan.
Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, En. Akbar Al Baker, menyatakan: “Sementara Qatar bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA™, kami sebagai Rakan Penerbangan Rasmi akan terus menyuntik semangat dan keterujaan buat para peminat bola sepak di seluruh dunia dengan pelbagai cara. Kami ingin mengalu-alukan para peminat yang merancang untuk datang ke temasya pada bulan November sehingga Disember, dan program pop-up di Kuala Lumpur, Malaysia akan membolehkan lebih ramai peminat merasai keghairahan pertandingan ini sebelum ia membuka tirai.”
Bagi mereka yang ingin menempah tempat duduk, Qatar Airways mempelawa para peminat untuk memilih pakej lawatan rasmi Qatar Airways, ia meliputi tiket penerbangan pergi balik, tiket perlawanan dan juga tempat penginapan. Rebut peluang ini sekarang untuk menyokong pasukan kegemaran anda sementara tiket perlawanan masih ada. Peminat boleh menempah pakej lawatan mereka dengan langkah yang mudah menerusi qatarairways.com/FIFA2022.