AEON Lancar Drama Bersiri “SAYAP BAGIMU” Di Majlis Tayangan Gala Dan Sidang Media Sempena Ulang Tahun ke-38
AEON Lancar Drama Bersiri “SAYAP BAGIMU” Di Majlis Tayangan Gala Dan Sidang Media Sempena Ulang Tahun ke-38
Tahniah kepada AEON CO. (M) BHD. (AEON) yang terus melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu di majlis “Tayangan Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur.
Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.
Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya.
Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan
untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan,”
Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan dan rakan niaga yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga.
Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama.
Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian. Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022.
Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang
bersesuaian untuk semua.
Drama 13 episod ini akan disiarkan di Youtube Aeon Malaysia pada hari khamis jam 6 petang bermula 13 oktober 2022. Lagu Ost “SAYAP BAGIMU” di nyanyikan Alif Satar dan The locos.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di :
Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
Facebook: www.facebook/aeonretail.com
Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/
Twitter: @AEON_Malaysia