Terkini | New

K PLUS FOOD MARKET Pasaraya Korea Pertama Terbesar Di Malaysia The Curve Kini Di Buka

K PLUS FOOD MARKET Pasaraya Korea Pertama Terbesar Di Malaysia The Curve Kini Di Buka.

K PLUS FOOD MARKET, PASARAYA PREMIUM KOREA YANG PERTAMA DAN TERBESAR DI MALAYSIA MENSASARKAN UNTUK MENGHUBUNGKAN MALAYSIA & KOREA SELATAN


Chef selebriti Malaysia terkemuka, hos rancangan televisyen dan pengusaha restoran, Datuk Dr. Chef Wan bersama K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. tampil di pelancaran ‘K PLUS Food Market’, pasaraya premium Korea yang pertama dan terbesar di Malaysia.


Pasaraya yang pertama seumpamanya seluas 28,000 kaki persegi itu menawarkan pelbagai juadah dari kafe ala Korea, sudut daging dan makanan laut segar, sudut juadah istimewa Korea (banchan) dan kimchi serta banyak lagi.


Pasaraya tersebut dilancarkan sebagai inisiatif K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. untuk menghubungkan budaya di antara Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosi pelancongan rentas budaya; sepertimana permintaan produk dari Korea Selatan meningkat disebabkan oleh pengaruh budaya pop Korea.


Sebagai peneraju peruncitan di Malaysia, K-Eco Mart membawakan produk-produk yang diminati termasuk makanan dan minuman, barangan kecantikan, barangan rumah dan banyak lagi. Rakyat Malaysia berpeluang untuk meneroka dan mengalami ‘Gaya Hidup Korea’ di pasaraya sehenti ini.



Kini, Malaysia sedang melalui fasa endemik, maka, K PLUS Food Market bertindak sebagai mercu tanda kepada rakyat tempatan yang masih ragu-ragu untuk melancong ke luar negara.

Sebagai komitmen untuk memberi pengalaman budaya Korea secara menyeluruh, K-Eco Mart telah berunding dengan pereka dalaman terbaik dari Seoul untuk pengubahsuaian K PLUS Food Market bagi menampilkan paparan estetik kepada para pengunjung supaya mereka dapat menikmati gaya hidup Korea yang serba moden di negara sendiri dengan selamat dan selesa.


Encik Im Chae Wook, kaunselor kepada Kedutaan Republik Korea berkata, “Korea Selatan dan Malaysia sudah pun sekian lama menjalinkan perhubungan persahabatan yang akrab semenjak termeterainya hubungan diplomatik antara keduanya pada tahun 1960. Hingga kini, persahabatan akrab yang terjalin melalui komunikasi dua hala telah mecetuskan sinergi yang harmoni dalam pelbagai pertukaran dan peristiwa di dalam sektor politik, ekonomi dan budaya. Dengan melihat terbinanya pasaraya baru ini, saya percaya ini adalah bukti bagaimana Korea Selatan dan Malaysia berdedikasi untuk memperkasakan satu sama lain dan saya teruja melihat kedua-dua negara terus menuju ke masa hadapan.”



Pengerusi K-Eco Mart, Datuk Matthew Lew berkata, “Malaysia sentiasa mengalu-alukan dan menghormati budaya lain, dan untuk saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Saya berbangga kerana dapat menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan melalui K Plus Food Market dan memenuhi permintaan para pengguna yang mengutamakan produk yang berkualiti dan tulen. Dengan pelancaran K Plus Food Market, saya teruja untuk menyediakan platform serba lengkap kepada rakyat Malaysia demi memenuhi keperluan produk Korea anda.”



YAM Tengku Puteri Datuk Seri Hajjah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Hajj (Royal Selangor), Datuk Matthew Lee, Chairman of K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd dan Datuk Drchef Wan (Celebrity Chef) Suasana di dalam K Plus Food Market di The Curve Damansara.


K PLUS Food Market menunjukkan usaha K-Eco Mart dalam memperkasakan Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghargai persahabatan melalui inovasi dan pelancongan rentas budaya.




K-Eco Market turut teruja untuk menyambut pengunjung tempatan dan antarabangsa ke KPLUS Food Market di mana para peminat budaya pop Korea dapat membeli barangan Korea yang hanya dapat dilihat di kaca televisyen sebelum ini.